awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sam Smith bersaing dengan Beyonce sempena Anugerah Grammy

AFP
AFP
06/12/2014
04:50 MYT
Sam Smith bersaing dengan Beyonce sempena Anugerah Grammy
Sam Smith bakal merebut anugerah Rakaman Terbaik manakala Beyonce antara lain mempertaruhkan nasib dalam kategori Album KOntemporari Urban Terbaik. - AFP
Penyanyi soul British, Sam Smith, mendahului bilangan pencalonan terbanyak bersama Beyonce, iaitu masing-masing sebanyak lima pencalonan sempena Anugerah Grammy Ke-57 yang diumumkan semalam.
Smith yang popular dengan lagu "Stay With Me," seperti tidak percaya dengan penghormatan yang diterimanya melalui pencalonan tersebut dan turut menzahirkan perasaan itu melalui Twitternya.
Penyanyi bersuara lunak itu akan berentap dengan Beyonce yang memukau dengan lagu “Drunk In Love” yang dinyanyikan bersama suaminya Jay-Z.
Para pemenang Grammy bakal diumumkan pada acara gala di Los Angeles pada 8 Februari depan.
Smith merupakan satu-satunya artis lelaki yang layak ke kategori Rakaman Terbaik. Pesaingnya dalam kategori itu ialah Meghan Trainor untuk "All About That Bass", Iggy Azalea (Fancy), Sia (Chandelier) dan Taylor Swift (Shake it Off).
U2 sekali lagi tercalon dalam kategori Album Rock Terbaik bagi lagu “Songs of Innocence”. Kumpulan berasal dari Ireland itu bakal merebut anugerah tersebut dengan calon-calon lain seperti Tom Petty & The Heartbreakers, Beck, The Black Keys dan Ryan Adams.
Beyonce yang tidak tersenarai dalam kategori Rakaman Terbaik akan mempertaruhkan nasibnya dalam kategori Album Kontemporari Urban Terbaik bersama Pharrell Williams, Chris Brown, Jhene Aiko dan Mali Music.
Berikut adalah antara kategori popular yang bakal menyaksikan kejutan dalam Anugerah Grammy Ke-57:
RAKAMAN TERBAIK
‘‘Fancy,’’ Iggy Azalea menampilkan Charli XCX ‘‘Chandelier,’’ Sia ‘‘Stay With Me,’’ Sam Smith ‘‘Shake It Off,’’ Taylor Swift ‘‘All About That Bass,’’ Meghan Trainor
ALBUM COUNTRY TERBAIK
‘‘Riser,’’ Dierks Bentley ‘‘The Outsiders,’’ Eric Church ‘‘12 Stories,’’ Brandy Clark ‘‘Platinum,’’ Miranda Lambert ‘‘The Way I’m Livin’,’’ Lee Ann Womack
ALBUM VOKAL POP TERBAIK
‘‘Ghost Stories,’’ Coldplay ‘‘Bangerz,’’ Miley Cyrus ‘‘My Everything,’’ Ariana Grande ‘‘Prism,’’ Katy Perry ‘‘X,’’ Ed Sheeran ‘‘In the Lonely Hour,’’ Sam Smith
ALBUM KONTEMPORARI URBAN TERBAIK
‘‘Sail Out,’’ Jhene Aiko ‘‘Beyonce,’’ Beyonce ‘‘X,’’ Chris Brown ‘‘Mali Is,’’ Mali Music ‘‘G I R L,’’ Pharrell.
PERSEMBAHAN SOLO POP TERBAIK
John Legend Sia Sam Smith Taylor Swift Pharrell
LAGU ROCK TERBAIK
“Ain’t it Fun,” Paramore “Blue Moon,” Beck “Fever,” The Black Keys “Gimme something Good,” Ryan Adams “Lazaretto,” Jack White
ALBUM REGGAE TERBAIK
“Fly Rasta,” Ziggy Marley “Back on the Controls,” Lee ‘Scratch’ Perry “Full Frequency,” Sean Paul “Out of Many, One Music,” Shaggy “The Reggae Power,” Sly & Robbie & Spicy Chocolate “Amid the Noise and the Haste,” SOJA
ALBUM AMERICANA TERBAIK
“The River & The Thread,” Rosanne Cash “Terms of My Surrender,” John Hiatt “BluesAmericana,” Keb’ Mo’ “A Dotted Line,” Nickel Creek “Metamodern Sounds In Country Music,” Sturgill Simpson
Topic Berkaitan
#anugerah
#Beyonce
#drunk in love
#Grammy
#Sam Smith
#Stay With Me
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan