Siapa yang tak kenal dengan watak komedi Mr.Bean? Hanya dengan gerak tubuh dan mimik muka, watak itu mencipta fenomena yang sangat luar biasa di seluruh dunia.

Sempena sambutan ulang tahun ke 25 siri popular itu, kami berikan kepada anda 10 fakta tentang Mr.Bean yang anda mungkin tidak tahu.

1. Watak Mr.Bean dicipta sendiri oleh pelakonnya, Rowan Atkinson, ketika sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Oxford pada tahun 1979.

2. Atkinson kemudiannya mempersembahkan idea itu di hadapan sekumpulan penonton berbangsa Perancis pada tahun 1987. Tujuannya adalah untuk mengetahui jika lawak yang dipersembahkannya boleh difahami mereka.

3. Sebelum menggunakan nama Mr.Bean, Atkinson dan pihak penerbit memikirkan nama Mr.White sebagai nama karakter. Tetapi salah seorang krew mencadangkan agar nama sayuran digunakan, dan nama Mr. Cauliflower dipilih sebelum mereka akhirnya bersetuju menggunakan nama Mr.Bean.

4. Mr.Bean diterbitkan secara rasmi pada tahun 1990.

5. Tidak diketahui nama sebenar watak Mr.Bean, namun dalam beberapa episod pernah dipaparkan pasport Mr.Bean dengan nama Atkinson di hadapannya.

6. Mr Bean tinggal di Flat 2, 12 Arbour Road di utara London. Walaupun ia bukan alamat yang wujud di alam realiti, namun Arbor Road merupakan sebuah kawasan perumahan di Enfield, juga di utara London.

Episod Merry Christmas Mr Bean catat rating tertinggi. Video kredit: Mr.Bean Youtube


7. Episod siri Mr.Bean dengan rating paling tinggi ialah episod 'Merry Christmas, Mr.Bean'. Ia mencatat jumlah penonton lebih 19 juta pada tahun 1992.

8. Siri Mr.Bean ditayangkan di lebih 190 negara di seluruh dunia.

9. Jumlah kutipan dua buah filem Mr.Bean, Mr Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr.Bean's Holiday, mencecah AS$330 juta.

10. Laman Youtube rasmi Mr.Bean pula mencatat tontonon lebih 1.3 bilion, manakala jumlah likes di Facebook rasminya ialah 65 juta.

Sumber :

http://www.radiotimes.com/news/2015-02-15/mr-bean-25-facts-and-figures-for-his-25th-anniversary

http://mentalfloss.com/article/62455/15-things-you-might-not-know-about-mr-bean

http://www.myinterestingfacts.com/mr-bean-facts/