konsert

Datuk Shah Rukh Khan dan artis Bollywood yang lain akan menjayakan konsert Temptation Reloaded pada 15 Februari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Harga tiket untuk konsert yang di beri nama 'Temptation Reloaded bersama Datuk Shah Rukh Khan' itu akan dijual pada harga RM2000 untuk tempat duduk jenis Diamond.

Tiket lain boleh didapati dari harga RM1000 sehingga RM100 mengikut barisan tempat duduk yang disediakan.

Lebih menarik, Shah Rukh Khan akan turut membuat persembahan bersama nama besar lain seperti Madhuri Dixit, Rani Mukerji, Jacqueline Fernandes, Arijit Singh dan Mr Meiyang Chang.

Konsert ini dibawakan oleh We love Asia dan Hitman Solutions serta disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Visit Malaysia 2014.

Turut sama menaja adalah Astro dan Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket boleh layari laman web rasmi Temptation Reloaded.