BINTANG terkenal antarabangsa, Beyonce menawarkan peluang memenangi tiket percuma menonton konsertnya dan Jay- Z tanpa had selama 30 tahun.

Syaratnya, peminat terbabit perlu komited dengan pengambilan makanan berasaskan sayuran, atau dalam kata lain, menjadi vegetarian.

Tawaran itu dibuat Beyonce menerusi akaun Instagramnya yang memiliki 123 juta pengikut.

Apa yang perlu dilakukan peserta ialah menghantar cadangan pelan pemakanan berasaskan sayur-sayuran.

Bagaimanapun, hanya seorang peminat akan dipilih sebagai pemenang dan ia hanya terbuka kepada peminat di Amerika Syarikat sahaja.



Pertandingan yang dijalankan itu adalah menerusi Projek Greenprint, yang mengetengahkan kesan positif pemakan sayur terhadap alam sekitar.

Beyonce yang merupakan vegetarian tegar, sering memuat naik gambar makanannya dan menggalakkan peminat untuk menyertainya dengan memilih diet berasaskan sayuran.