awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya baru tahu suami kahwin pelakon popular 2 minggu lalu - isteri pemuzik

Gempak
Gempak
30/11/2017
14:19 MYT
Saya baru tahu suami kahwin pelakon popular 2 minggu lalu - isteri pemuzik
INTAN: "Saya kenal suami saya, dialah yang terbaik... Tanggungjawab dia terhadap saya dan anak-anak tidak pernah terabai. Saya yakin dia boleh adil." - Foto Astro Gempak
SEORANG wanita dikenali sebagai Intan mengakui tahu mengenai perkahwinan suaminya dengan seorang pelakon popular dua minggu lalu.
Bagaimanapun menurut Intan, 32, dia reda dengan perkara tersebut dan merestui perkahwinan suaminya dan pelakon tersebut.
“Saya baru tahu ‘benda’ ni, dua minggu lalu. Mula-mula saya dapat tahu... iyalah isteri mana boleh terima apabila dapat tahu ‘macam ni’ (suami berkahwin lagi).
“Tetapi selepas berbincang dengan suami saya terima dan reda dengan takdir. Mungkin sudah jodoh mereka,” jawabnya tenang.
Intan berkata demikian ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia, di sebuah restoran di ibu kota.
Ketika ditanya adakah dia menerima pelakon popular tersebut sebagai madunya, Intan berkata, demi sayangnya kepada suami dan keluarga dia rela.
“Pada mulanya saya tidak terima, tetapi bila saya fikir saya sayang family saya, saya sayang suami saya, saya tahu dia macam mana...dia baik.
“Saya percaya suami saya. Saya tak nafikan tanggungjawab dia dan saya rasa dia mampu. Hubungan kami suami isteri tiada masalah,” katanya.
Dalam pada itu, Intan memberitahu dia turut berlapang dada menerima madunya (pelakon) sebagai kawan.
“Saya reda, tetapi di pihak sana (pelakon) saya tak tahu macam mana. Saya terima demi anak-anak. Saya sayang family saya, saya nak suami saya itu sahaja.
“Saya kenal suami saya, dialah yang terbaik... Tanggungjawab dia terhadap saya dan anak-anak tidak pernah terabai. Saya yakin dia boleh adil,” ujarnya.
Intan dan pemain muzik dikenali sebagai Ude, sudah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua orang anak berusia tiga tahun dan 11 bulan.
Ketika ditemuramah, Intan ditemani kakaknya Angah yang turut mengakui sangat menyayangi adik iparnya, Ude.
“Saya sayangkan Ude. Saya mahu Ude kekal sebagai adik ipar saya. Dia seorang yang baik,” katanya dalam nada kesal.
Topic Berkaitan
#madu
#pelakon
#pemuzik
#perkahwinan
#Ude
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan