awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan

Gempak
Gempak
25/03/2023
04:09 MYT
"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Anuar ketika ditemui pada sidang media Flourishes 23: Symphonic Gala Concert di Istana Budaya baru-baru ini. - Gempak
PENYANYI Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.
Menurut adik kepada penyanyi Zaina Zain, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terlepas ibadah sunnah yang hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan saja.
“Untuk Ramadan kali ini, saya dan kawan-kawan memang ada perancangan nak jalan-jalan solat tarawih di masjid yang berbeza-beza.
“Kadang-kadang kita seorang, hanya tarawih dekat rumah tapi nak juga cuba kelainan lain pula solat di masjid yang lain-lain. Kalau boleh, saya memang tak nak miss tarawih… sayang.
“Tapi kalau tak sempat pun, saya tetap akan solat tarawih di rumah saja,” kata Anuar kepada Gempak.
Sementara itu, Anuar turut berkata dia tetap akan menerima jemputan untuk membuat persembahan di acara yang bersesuaian pada Ramadan.
“Insya-Allah kalau bersesuaian, saya akan ambil (tawaran persembahan). Sebab itu sumber income saya juga kan. Sebab itu kalau tak sempat di masjid, saya akan solat di rumah,” ujarnya.
Anuar ditemui ketika sidang media Flourishes 23: Symphonic Gala Concert di Istana Budaya baru-baru ini. -- Gempak
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Anuar Zain
#Ramadan
#solat tarawih
#Ziana Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan