MEMANG aneh! Akaun Facebook milik selebriti terkenal Thailand yang telah meninggal dunia Februari lalu, Tangmo Nida, tiba-tiba aktif.
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Status pertama yang dimuat naik pada 11.23 pagi memaparkan gambar Tangmo dari belakang dengan status berbunyi; "Saya telah didera oleh rakan yang disayangi dan dipercayai".
Kemudian, menerusi status kedua pula pada pukul 4.10 petang, memberitahu Tangmo tidak ke mana-mana dan masih menunggu kebenaran daripada lima individu.
"Saya belum pergi mana, masih menunggu kebenaran daripada 5 orang.
"Jika tak mahu cakap benar, saya akan ceritakan semua perkara yang berlaku atas speedboat malam kejadian kepada semua orang.
"Delete semua details dalam handphone.. Jangan ingat tak boleh recall balik ya kawan-kawan baik ku," tulis akaun berkenaan.
BACA: Mayat pelakon Thailand Tangmo Nida yang terjatuh dalam sungai ditemui selepas 38 jam
BACA: Kecuaian rakan punca kematian Tangmo Nida, 6 ditahan bantu siasatan
Status lain yang dimuatnaik di Facebook Story pula seperti cuba memberitahu tentang kebenaran apa yang telah berlaku.
"Ini Mo. Semua orang, jangan tinggalkan Mo. Mo akan menunjukkan kebenaran, Mo tidak mahu apa-apa selain cinta yang semua orang berikan kepada Mo sekarang," tulis akaun itu lagi.
Biarpun ada yang mendakwa status itu ditulis oleh ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothi, peguam wanita berkenaan menafikan perkara terbabit.
Sebelum ini, pihak berkuasa membuat keputusan bahawa Tangmo telah meninggal dunia akibat lemas dan bukan kerana terjatuh dengan sengaja ke dalam sungai Chao Phraya selepas dua bulan siasatan.
Ia sekali gus menafikan tuduhan kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian rakan-rakannya.
Untuk rekod, Tangmo dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di sungai Chao Phraya pada 24 Februari dan mayatnya ditemui dua hari kemudian.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Mon May 23 2022
Tangmo dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di sungai Chao Phraya pada 24 Februari dan mayatnya ditemui dua hari kemudian. - Gempak
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Teman wanita mati dengan 20 kesan tikaman, aktor popular Thailand ditahan
Polis yang tidak yakin dengan pengakuan suspek telah menahannya untuk siasatan lanjut dan meneruskan pendakwaan.