awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya gagal ikut kehendak dan cita rasa penonton - Mamat Khalid

Gempak
Gempak
06/05/2014
23:23 MYT
Saya gagal ikut kehendak dan cita rasa penonton - Mamat Khalid
Mamat Khalid: Saya tak salahkan para penonton
Pengarah filem terkenal tanah air, Mamat Khalid tidak menafikan bahawa filem terbaru arahannya iaitu Apokalips X gagal mendapat sambutan hangat dari penonton di pawagam.
Menurut pengarah kelahiran Ipoh, Perak itu antara punca utama kegagalan filem Apokalips X adalah kerana dia tidak menghasilkan filem mengikut cita rasa penonton masa kini.
“Saya tak salahkan para penonton yang tidak berminat menyaksikan filem Apokalips X. Sebaliknya ianya kesilapan yang dilakukan oleh saya sendiri kerana tidak memahami kehendak dan cita rasa penonton.
“Filem ini mungkin terlalu berat untuk para penonton di mana plot cerita menjangkau pemikiran biasa. Jadi ianya mungkin juga antara faktor mengapa Apokalips X kurang mendapat perhatian para penonton,” ujarnya kepada Astro Gempak.
Namun kegagalan Apokalips X tidak mematahkan semangat Mamat Khalid untuk terus menghasilkan filem prekuel filem tersebut dan memastikan karya terbarunya itu sesuai dengan citarasa penonton.
“Saya akur dengan dengan kehendak penonton tetapi saya tidak akan patah semangat untuk terus hasilkan karya-karya terbarunya. Malah prekuel Apokalips X akan tetap dihasilkan dan kali ini saya pastikan ianya sesuai dengan citarasa penonton,” tambahnya lagi.
Kos penerbitan untuk filem Apokalips X ialah RM1.5 juta namun mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) filem t hanysebut a mampu mengutip pulangan sebanyak RM253,446.
Apokalips X dibintangi Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoee Tan, Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Miera Leyana, Dazrin Kamarudin dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#Apokalips X
#Mamat Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan