Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menjadi pelakon kerana dunia lakonan itu dianggap terlalu asing, apatah lagi menjadi popular seperti yang dialaminya sekarang.
Walaupun watak Eah Chu yang dipegang hanya watak sampingan, Mazlan Sulaiman, 43, dari Kampung Tanjung Che Mah, Tumpat, mengakui mengalami kejutan apabila telefilem Pok Ya Cong Codei yang dibintanginya bersama Sabri Yunus mencetuskan fenomena.
Mazlan berkata, di mana-mana pun di dalam negara dan Selatan Thailand sekarang, orang menyapanya dengan panggilan Eah Chu dan lebih melucukan apabila ada yang menyangka dia betul-betul orang Siam.
"Saya kenal dengan Sabri Yunus ni melalui kawan ketika Sabri mahu membuat dokumentari mengenai kemasukan Islam di Patani, saya membantunya kerana saya sudah biasa dengan suasana di Thailand.
"Seminggu bersama dengannya, saya sudah menjadi rakan baiknya. Saya ceritakan kepadanya mengenai usaha saya mencari dana untuk menyiapkan Masjid Nurul Bahri di Kampung Pulau Panjang, Takbai," katanya.
Mazlan yang juga imam masjid berkenaan berkata, Sabri turut meyumbang kepada masjid berkenaan hasil kutipan yan dibuat bersama rakan-rakan artisnya.
"Baru-baru ini, Sabri meminta saya ke Kuala Lumpur dan saya memenuhinya kerana anggap Sabri mungkin perlu berbincang sesuatu dengan saya.
"Sampai di sana, tiba-tiba saya diminta berlakon, saya terkejut besar kerana ini bukan bidang saya, saya hanya tok imam dan tak pernah berlakon," katanya ketika diraikan rakan media sosialnya di Restoran Dapur Ibu di sini, semalam.
Katanya, walaupun ada skrip sebagai asasnya, Sabri banyak menambah skrip spontan ketika pengambaran yang menyebabkan cerita itu menjadi hebat.
Tambah Mazlan, apabila Pok Ya Cong Codei mencetuskan fenomena, baju T eksklusif berdasarkan telefilem itu yang dikeluarkan satu syarikat dengan izin syarikat produksi Balang Rimbun, laris dijual.
"Sabri terus menolong saya apabila RM1 daripada setiap helai baju T yang dijual disumbangkan ke masjid saya.
"Saya berusaha mencari dana untuk masjid ini sudah bertahun-tahun, rezeki ALLAH SWT ini datang dalam pelbagai saluran dan saya tak terfikir pun ia datang dengan cara ini," katanya.
Katanya, sudah RM400,000 dibelanjakan untuk membina Masjid Nurul Bahri itu dan sebanyak itu lagi diperlukan bagi menyiapkannya.
"Saya berulang alik dari kampung saya di Tumpat ke Takbai sudah empat tahun, tambang perahu sahaja sudah RM600 sebulan tapi saya tetap menggalas tanggungjawab yang diberikan demi membina tunas Islam di kampung nelayan itu," katanya yang juga bapa kepada tiga anak.
Sinar Harian
Thu Feb 15 2018
Mazlan berkata, di mana-mana pun sekarang, orang menyapanya dengan panggilan Eah Chu dan lebih melucukan apabila ada yang menyangka dia betul-betul orang Siam. - Foto Sinar Harian
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
'Saya imam, bukan pelakon'
Walaupun watak Eah Chu yang dipegang hanya watak sampingan, Mazlan Sulaiman mengakui mengalami kejutan apabila telefilem Pok Ya Cong Codei yang dibintanginya bersama Sabri Yunus mencetuskan fenomena.