PENGARAH Projek Mission Sight Sdn Bhd, Riezman Khuzaimi mengalami kerugian kira-kira RM1 juta didakwa telah ditipu oleh perunding yang dilantik untuk mengendalikan Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos ini.
Dedah Riezman, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Brickfields pada 14 Jun lalu dan kes terbabit dalam siasatan pihak berkuasa.
"Saya adalah penggiat filem, pelakon dan penerbit, ini kali pertama saya menganjurkan konsert dan banyak benda perlu saya belajar.
"Saya melantik satu syarikat konsultan untuk mengatur perjalanan konsert dan sangat sedih apabila ditipu.
"Saya mengalami kerugian sangat besar disebabkan konsultan yang dilantik tidak menjalankan kerja seperti membayar lokasi, sistem bunyi, memohon lesen dan sebagainya.
"Apabila semua perancangan tidak berjalan lancar, saya terpaksa terpaksa tukar tarikh dan lokasi.
"Semua lokasi sudah penuh, kecuali Stadium Malawati yang ada kekosongan pada 30 September depan, itu pun selepas ada penganjur menarik diri.
"Boleh dikatakan kami mengalami kerugian hampir RM300,000 kerana jumlah itu yang sudah diserahkan pada konsultan, ditambah RM800,000 yang terpaksa dikeluarkan lagi untuk meneruskan konsert ini," dakwanya.
Riezman ditemui pada sidang media tergempar untuk memaklumkan tarikh dan lokasi baharu Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tambah Riezman, dia mula mengesyaki ada kes penipuan ketika hadir ke sidang media pertama pengumuman Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia pada 22 Mei lalu.
"Saya kesal, sidang media terbabit agak mengecewakan dan paling teruk, pernah saya hadir.
"Antaranya seperti saya menjemput penyanyi dari Indonesia, tetapi mereka tidak boleh ditemu bual oleh media massa.
"Rupa-rupanya konsultan tidak memohon kebenaran dari Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
"Jadi, selepas sidang media saya sendiri naik dan turun PUSPAL berjumpa pegawai dan sebagainya.
"Saya sememangnya ditipu kerana lesen yang dimohon. Jadi, saya sudah membuat laporan polis untuk mengambil tindakan undang-undang," ujarnya.
Tidak berputus asa, Riezman meneruskan Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia dan telah menukar tarikh ke 30 September depan di Stadium Malawati Shah Alam.
Malah, Ratu Dangdut, Amelina juga telah mengambil alih tempat Baby Shima untuk menjayakan konsert terbabit selain barisan penyanyi asal lain termasuk Ani Maiyuni, Siti Badriah, Hesty Klepek Klepek, Fitri Carlina dan Rheyna Morena. -Gempak
Gempak
Sat Jul 15 2023
Tidak berputus asa, Riezman meneruskan Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia dan telah menukar tarikh ke 30 September depan di Stadium Malawati Shah Alam. -Gempak
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
'Saya kena scam!' - Riezman Khuzaimi dakwa rugi RM1 juta ditipu perunding acara
Tidak berputus asa, Riezman meneruskan Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia dan telah menukar tarikh ke 30 September depan di Stadium Malawati Shah Alam.
Pelakon Riezman Khuzaimi tamat zaman duda, nikah 'Iron Lady' Datuk Normaziah
Pelakon dan ahli perniagaan, Riezman Khuzaimi, 46, menamatkan zaman duda apabila menikahi wanita yang mendapat jolokan 'Iron Lady', Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 47.