awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tebalkan muka...' - Misha Omar dedah Siti Nurhaliza selalu jadi juri jemputan dalam persembahannya

Gempak
Gempak
08/10/2019
08:53 MYT
'Saya tebalkan muka...' - Misha Omar dedah Siti Nurhaliza selalu jadi juri jemputan dalam persembahannya
Menerusi entri terbabit, Misha memuat naik fotonya bersama Siti ketika menjadi juri jemputan di Konsert Akhir Big Stage 2019, Ahad lalu. - Instagram Misha Omar
PENYANYI Misha Omar mendedahkan sering meminta pendapat dan kritikan daripada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza setiap kali melakukan persembahan dalam acara yang sama.
Misha berkata, Siti ibarat gurunya dan dia masih belajar untuk menjadi penyanyi yang terbaik.
“Probably one of the best night (Konsert Akhir Big Stage 2019) for 2019? Why? Because this lady next to me used to be my "juri jemputan" every show that I got to perform with her.
“Setiap kali ada peluang show sama-sama, walaupun tak nyanyi sama-sama, during rehearsal or soundcheck, I will definitely ask her "kakak, macam mana kita nyanyi tadi?"..
“Sampai sekarang Kak Mitch (nama panggilan Misha) masih ingat, bila Bunga-Bunga Cinta menang Anugerah Juara Lagu, Kak Mitch melompat peluk dia, terperanjat, terharu sebab masa tu beliau banyak bagi semangat, padahal dia bertanding juga!” tulisnya.
Misha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, Misha memuat naik fotonya bersama Siti ketika menjadi juri jemputan di Konsert Akhir Big Stage 2019, Ahad lalu.
BACA: Big Stage 2019: "Buat apa kalau kita buka peluang kepada negara lain, tetapi..." - Siti Nurhaliza
Tambah Misha lagi, bukan Siti sahaja, malah dia juga sering bertanyakan pendapat mengenai persembahannya daripada penyanyi berpengalaman lain seperti Ziana Zain, Liza Hanim, Ella dan Amy Search.
Justeru, dia merasakan finalis Big Stage 2019 amat betuah kerana telah mendapat ilmu daripada penyanyi-penyanyi berpengalaman setiap minggu.
”Kalau tak kak siti @ctdk , "juri jemputan" yang kita akan serbu otai-otai yang selalu show sama-samalah macam kak @iamzianazain , kak @lizahanim79 kak @ellaaminuddins . abg @aku.amysearch pun Kak Mitch tebalkan muka tanya pendapat tanya ilmu dgn harapan untuk maju dalam industri.
“Adik-adik finalis @bigstageofficial sangat bertuah diperhatikan, diberikan ilmu saban minggu untuk improve dan diberikan semangat untuk terus berjuang dalam pertandingan.
“Sekarang semuanya terletak di tangan anda bagaimana membawa diri dengan bijaksana dalam arus perdana.. Kita sama-sama doakan mereka ok?" tulisnya lagi.
Pada Ahad lalu, Misha dan Siti ditemani penyanyi Indonesia, Cakra Khan menjadi juri untuk pentas akhir program tersebut.
Pada konsert akhir itu penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara sekaligus telah menewaskan Neeta, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata.
View this post on Instagram
Probably one of the best night for 2019?? Why? Because this lady next to me used to be my "juri jemputan" every show that i got to perform with her.. Setiap kali ada peluang show sama-sama, walaupun tak nyanyi sama-sama, during rehearsal or soundcheck ,i will definitely ask her "kakak, cemana kita nyanyi tadi?"..sampai skrg kak mitch masih ingat, bila Bunga-Bunga Cinta menang Anugerah Juara Lagu,..kak mitch melompat peluk dia, terperanjat,terharu sebab masa tu beliau byk bagi semangat,padahal dia bertanding juga!!!
Topic Berkaitan
#Big Stage
#Bunga-bunga Cinta
#juri jemputan
#Kak Mitch
#konsert
#Misha Omar
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan