telah berjaya ditemui di Kemaman, Terengganu dan dalam keadaan selamat.
ND Lala semalam telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas penyanyi itu dikatakan tidak pulang ke rumah sejak pulang dari Shanghai, minggu lalu.
Wartawan Astro Awani juga telah cuba menghubungi ND Lala beberapa kali untuk mendapatkan pengesahan namun tidak berjaya.
Sementara itu dalam twitter Shila Amzah, yang terbaru dia menulis bahawa dia tidak melarikan diri tetapi hanya mahukan ketenangan minda.
Beberapa hari lalu, Shila telah menulis di akaun Twitternya yang dia berada bersendirian di suatu tempat untuk mencari ketenangan.
“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.
Kemelut antara teman lelakinya, Sharnaaz Ahmad dan ND Lala dikatakan antara penyebab kehilangannya bila ayahnya dikatakan menentang hubungan cinta mereka.
Sebelum itu juga Shila telah membuat kenyataan melalui emel mengenai kontroversi antara ayahnya dan Sharnaaz.
Shila juga telah memuatnaik videoklip berdurasi empat minit yang menggambarkan perasaannya di Youtube.
Shila juga dijangka akan berada di Pulau Pinang esok, untuk bersama penyanyo Korea Selatan Psy mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina.