PENYANYI Shidee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di kawasan kediamannya di PPR Pinggiran Bukit Jalil, pada Ahad.
Bagaimanapun kata Shidee, dia tidak menyedari kemalangan tersebut berlaku dan hanya tahu dirinya terbabit kecelakaan selepas berada dalam ambulans.
“Saya tak sedar apa-apa dan hanya tahu saya kemalangan apabila berada dalam ambulans,” katanya.
Menurut Shidee, kemalangan berlaku ketika dia sedang menuju ke surau untuk menunaikan solat Asar.
Peserta Gegar Vaganza 8 ini yang juga bilal di surau terbabit berkata, dia sukar mengingati samada dirinya terjatuh atau dilanggar oleh orang lain dalam kejadian terbabit.
"Saya pergi ke surau menaiki skuter elektrik. Kalau nak dikatakan saya jatuh, mestilah saya tahu perkara ini.
"Tapi ini sedar-sedar saya dalam ambulans dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.
"Sekarang pun saya masih dalam keadaan lemah dan alami luka kecil. Doktor kata keadaan saya okey tapi apabila bangun saya pening dan rasa berpusing," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia ingin melihat perkembangan dirinya lebih lanjut sebelum kembali bertemu doktor.
"Tapi rasanya saya kena pergi juga buat pemeriksaan sekali lagi kerana saya batuk keluar darah dan ini merisaukan saya," kata Shidee, memetik laporan Harian Metro, di sini, hari ini.
"Semalam doktor buat imbasan sinar X sebanyak dua kali dan kata saya okay, tiada luka dalaman.
"Namun apabila balik rumah, baharulah saya batuk dan keluar darah. Doktor tak tahu berkenaan perkara ini," kata Shidee, yang dilaporkan telah dibenarkan pulang ke rumah. malam tadi.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Gempak
Gempak
Mon Feb 07 2022

Peserta Gegar Vaganza 8 ini yang juga bilal di surau terbabit berkata, dia sukar mengingati samada dirinya terjatuh atau dilanggar oleh orang lain dalam kejadian terbabit. - Foto Astro Gempak

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

"Saya tidak sedar apa-apa" - Shidee kemalangan dalam perjalanan ke surau
Penyanyi Shidee, terbabit dalam kemalangan di kawasan kediamannya di PPR Pinggiran Bukit Jalil, pada Ahad.