awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sedih saya tau...' - Muncul video tak senonoh, Ella maklum Facebook digodam

Gempak
Gempak
28/07/2023
10:25 MYT
'Sedih saya tau...' - Muncul video tak senonoh, Ella maklum Facebook digodam
Pihak pengurusan Ella akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis berhubung hal itu serta menyerahkan maklumat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut. -Gempak
RATU Rock Ella Aminudin memaklumkan akaun media sosial Facebook miliknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak petang Khamis.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 57, turut meluahkan rasa sedih.
"Akaun Facebook Ella Aminuddin telah digodam. Sedih Ella tau," tulisnya di Instagram.
View this post on Instagram
A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)
Tinjauan Gempak di laman Facebook miliknya, terdapat beberapa video tidak senonoh dan tidak berkaitan dengan Ella telah dimuat naik.
Antaranya sebuah video paparan beberapa aksi kurang sopan artis antarabangsa iaitu aksi tidak senonoh penyanyi Robbie William mencium punggung seorang wanita dalam sebuah konsert.
Menerusi hantaran yang sama di Instagram, satu kenyataan rasmi daripada pihak pengurusannya turut dikeluarkan.
Pihak pengurusan Ella akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis berhubung hal itu serta menyerahkan maklumat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
"Pihak pengurusan dalam usaha melaporkan perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia dan menyerahkan maklumat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut," kata dalam kenyataan itu.
Kali terakhir Ella mengemas kini Facebook miliknya itu adalah pada 6 Julai 2022. -Gempak
Topic Berkaitan
#Ella
#ratu rock
#facebook digodam
#Nor Zila Aminuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan