SEOUL: Sebuah sekolah menengah yang khusus dalam mendidik pelajar mengenai K-pop dan persembahan berkaitan akan dibuka di Busan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa pendidikan tempatan pada Ahad.
Pejabat Pendidikan Bandaraya Metropolitan Busan berkata sebuah sekolah menengah yang bakal ditutup tidak lama lagi akan diubah suai menjadi sekolah menengah awam khusus dan dijadual dibuka pada Mac 2028.
Sekolah yang terletak di Busan, kira-kira 320 kilometer tenggara Seoul itu akan menjadi sekolah awam pertama dengan pengkhususan K-pop.
Pelajar di seluruh negara serta penuntut antarabangsa layak mendaftar di sekolah terbabit dan sekolah itu bakal menyediakan pelajaran mengenai vokal, tarian dan instrumen serta kesenian lain.
Pembinaan sekolah itu bertujuan menyediakan pembelajaran khusus untuk pelajar sejajar dengan industri K-pop yang semakin berkembang, menurut pejabat itu.
Di Korea Selatan, agensi hiburan utama mengendalikan sistem latihan idola K-pop yang terkenal dengan kem latihan dan proses sistematik yang ketat untuk debut artis baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Pelajar layak mendaftar di sekolah itu yang bakal menyediakan pelajaran mengenai vokal, tarian dan instrumen serta kesenian lain. Gambar fail menunjukkan anggota kumpulan BTS membuat persembahan. -Reuters
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Sekolah menengah K-pop dibuka di Busan pada 2028
Sekolah yang terletak di Busan, kira-kira 320 kilometer tenggara Seoul itu akan menjadi sekolah awam pertama dengan pengkhususan K-pop.