awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selebriti media sosial Indonesia bersedialah untuk bayar cukai

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2019
03:03 MYT
Selebriti media sosial Indonesia bersedialah untuk bayar cukai
RUDIANTARA mengakui, sehingga kini belum ada undang-undang yang diwartakan berhubung cukai yang harus dikenakan ke atas selebriti yang mempromosikan produk di laman Instagram. - Gambar Portal Kompas
SELEBRITI media sosial di Indonesia barangkali tidak senang duduk sekarang ini kerana pihak berkuasa di negara itu sudah mula membangkitkan isu cukai yang harus dikenakan ke atas golongan ini yang membuat duit atas angin.
Kerajaan Indonesia menegaskan, setiap warganegara harus membayar cukai di atas setiap pendapatan yang diterima termasuk golongan selebriti media sosial sebagai keadilan buat semua.
Menteri Komunikasi dan Informasi (Menkominfo) negara itu, Rudiantara mengakui, sehingga kini belum ada undang-undang yang diwartakan berhubung cukai yang harus dikenakan ke atas selebriti yang mempromosikan produk di laman Instagram.
Sehubungan itu, kementerian berkenaan mencadangkan undang-undang itu dikuatkuasakan bukan sahaja pada selebriti yang membuat promosi, bahkan kepada pengguna akaun yang menjual barangan atau perkhidmatan di laman sosial.
"Jika dilihat sekarang, selebriti dikenakan cukai di dunia nyata, bahkan kalau muncul di TV juga dikenakan cukai, jadi di dunia maya juga harus dikenakan (cukai). Harus adil," tegas Rudiantara pada Rabu.
Menurut Rudiantara, setiap selebriti yang membantu memprpmosikan apa sahaja produk di Instagram tentu sekali akan menerima bayaran.
Bayaran-bayaran yang diterima itu, kata beliau, seharusnya diisytihar kepada pihak berwajib.
Berkait dengan cadangan itu, Rudiantara berkata, pelaksanaan undang-undang wajib membayar cukai ke atas selebriti media sosial itu diserahkan pada Direktorat Jenderal Pajak negara itu.
"Bagaimana caranya (kenakan cukai) terserah pada teman-teman di Pajak (bahagian penguatkuasaan cukai)," ujar beliau lagi.
Sebelum ini, seorang pegawai tertinggi Direktorat Jenderal Pajak Indonesia, Iwan Djuniardi memberitahu, pihaknya akan memantau aktiviti pembayar-pembayar cukai termasuk selebriti media sosial.
Topic Berkaitan
#cukai
#Direktorat Jenderal Pajak
#Indonesia
#Instagram
#Menkominfo
#pajak
#selebriti media sosia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan