awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas seminggu, mendiang Chester dikebumikan di lokasi rahsia

Gempak
Gempak
31/07/2017
06:28 MYT
Selepas seminggu, mendiang Chester dikebumikan di lokasi rahsia
Upacara pengebumian mendiang Chester turut diiringi sebuah persembahan muzikal tribut.
Mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington disemadikan di sebuah lokasi yang dirahsiakan di California, Amerika Syarikat dalam sebuah upacara tertutup.
Sekeping gambar yang dimuatnaik oleh bekas anggota band Of Mice and Men, Austin Carlile di Instagramnya dengan menunjukkan wristband dan kad memorial mirip pas belakang pentas sebagai bukti kehadirannya di upacara tersebut semalam.
"Upacara hari ini sangat indah. Terima kasih Linkin Park, terima kasih Chester untuk segalanya," tulisnya.
The service today was beautiful. Thank you Linkin Park, thank you Chester. For everything
A post shared by Austin Carlile (@austincarlile) on
Jul 29, 2017 at 3:51pm PDT
Lapor media antarabangsa, upacara pengebumian mendiang Chester turut diiringi sebuah persembahan muzikal tribut.
Upacara itu hanya dihadiri oleh 200 orang keluarga dan sahabat terdekat Chester termasuk balunya, Talinda.
Chester, 41, dilaporkan meninggal dunia dengan cara membunuh diri pada 20 Julai lalu di kediamannya di Palos Verdes, California.
BACA: Remuk hati netizen terima khabar pemergian vokalis Linkin Park, Chester Bennington
BACA: Sebelum anda menghukum, ini fakta tentang penyanyi Linkin Park, Chester Bennington BACA: Lagu 'Heavy' beri gambaran tekanan dialami Chester Bennington
Kegemilangan Linkin Park bermula sekitar tahun 2000 menerusi album debut Hybrid Theory yang terjual lebih 10 juta unit.
Band itu pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards.
Bagi yang terlepas untuk menyaksikan episod khas mengenai kerjaya band legenda Linkin Park, saksikan MTV: The Ride - Linkin Park di Astro Go dan On Demand mulai sekarang hingga 4 Ogos nanti.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Billboard, MTV
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Chester Bennington
#Linkin Park
#meninggal dunia
#pengebumian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan