Setelah 11 tahun bergelumang di dalam dunia seni lakon, Jehan Miskin berjaya membuktikan bahawa dia begitu serius untuk terus mengembangkan bakat yang ada.
Tidak lama lagi, Jehan akan mempersembahkan sebuah drama terbaru arahannya yang diberi judul 'Seludup'.
Drama aksi dan cinta yang dibintangi oleh nama-nama besar seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya ini bukan sahaja diarahkan oleh Jehan, malah dia juga bertindak sebagai produser dan pelakon pembantu.
Menurut Jehan ketika ditemui di salah zatu lokasi penggambaran iaitu di Pulau Agas, Melaka berkata, "Penggambaran telahpun bermula sejak awal Ramadhan lagi dan kami telahpun sampai ke fasa tiga penggambaran.
Produksi 'Seludup' telah memilih Melaka dan Kuala Lumpur sebagai lokasi utama".
Tambahnya lagi, "Saya amat berbangga dengan komitmen kesemua pelakon-pelakon dan kru-kru 'Seludup' yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya untuk memastikan kejayaan drama ini".
'Seludup' menampilkan banyak kelainan jika dibandingkan dengan drama-drama lain yang pernah diarahkan olehnya. Salah satunya yang paling ketara adalah 'treatment' yang diberikan kepada drama ini adalah menyamai pembikinan filem.
Malah, kru-kru 'Seludup' juga rata-ratanya pernah terlibat dengan pembikinan filem aksi dan mereka telah banyak membantu Jehan dalam memastikan agar aksi-aksi mendebarkan di dalam 'Seludup' nampak hidup.
"Saya rasa bertuah kerana untuk 'Seludup', saya dapat bekerja dengan kru produksi yang saya anggap 'best in the business'.
Di antara yang banyak menolong saya untuk adegan-adegan aksi adalah John Kajang dan Abang Razif selaku penasihat dan koreografer aksi. Bagi aksi yang melibatkan 'pyro', ianya dikendalikan oleh Lokman" kata Jehan.
"Kecuali aksi-aksi yang sangat berbahaya dan memerlukan sokongan pelakon lagak ngeri tambahan, saya galakkan pelakon-pelakon untuk melakonkan watak aksi mereka sendiri.
Sebagai contoh, hari ini, terdapat adegan lawan di antara watak Raja Ilya dengan penyangak-penyangak daripada kumpulan kongsi gelap.
Dengan latihan yang bersungguh-sungguh, Raja Ilya dapat melakonkan aksi tersebut dengan sangat berkesan dan ini pasti akan kelihatan lebih hebat nanti jika ditonton di kaca TV", kata Jehan bersungguh-sungguh.
Mengakui bahawa duduk di kerusi arahan bagi 'Seludup' memberikannya semangat yang lebih tinggi untuk satu hari nanti mengarahkan filem, Jehan berkata "Jika sekiranya drama 'Seludup' ini menerima sambutan daripada penonton, saya tak menafikan kemungkinan ia dibawa ke layar perak.
Ini ditambah lagi dengan jalan ceritanya yang jarang sekali disentuh oleh mana-mana pengarah sama ada dalam dan luar negeri iaitu tentang aktiviti penyeludupan barang-barang haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia.
Di sebalik situasi ini, kita selitkan juga kisah cinta dan pergolakan keluarga di antara watak-watak. Saya yakin rakyat Malaysia sudah bersedia untuk jalan cerita seperti ini".
Jehan memulakan kariernya sebagai editor majalah pada tahun 2002 dan mula berjinak-jinak dengan bidang lakonan pada akhir tahun 2003 dengan melakonkan watak utama di dalam telemovie 'Dengan Nama Cinta' di bawah arahan Osman Ali.
Pada tahun 2009, Jehan menubuhkan Mastermind Group Sdn Bhd di mana 'Seludup' adalah salah satu produk terbaru syarikat penerbitan ini.
Selain Mastermind Group, 'Seludup' juga dilancarkan oleh Astro Malaysia. Ia bakal menemui penonton pada bulan Disember ini di saluran Astro Prima dan Maya HD.
Untuk maklumat lanjut mengenai 'Seludup', sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup - The Daily Seni
Daily Seni
Thu Sep 25 2014
JEHAN: 'Seludup' menampilkan banyak kelainan jika dibandingkan dengan drama-drama lain yang pernah diarahkannya.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Seludup' cabar kemampuan Jehan Miskin sebagai pengarah
Setelah 11 tahun bergelumang di dalam dunia seni lakon, Jehan Miskin berjaya membuktikan bahawa dia begitu serius untuk terus mengembangkan bakat yang ada.
Apokalips X, Mamat Khalid lari dari kebiasaan
Filem terbaru Apokalips X arahan Mamat Khalid dikatakan bakal memberi fenomena baru dalam sejarah industri perfileman negara.
Awan Dania ke layar perak
Drama bersiri Awan Dania pernah mencatat jumlah tontonan tertinggi di televisyen kini ke layar perak.