PELAWAK dan penyanyi Achey menghadiahkan sebidang tanah buat isterinya sempena ulang tahun kelahiran semalam.

Menurut Achey, dia mengambil masa selama dua tahun untuk membeli tanah tersebut.

"Hadiah besday dia yang selama 2 tahun diusahakan.

"Bukan sekejap tau nak settlekan hadiah ni sebab akan datang hadiah ini yang kami gunakan bila diperlukan demi menyambung kehidupan," tulisnya.

Perkongsian Achey di Instagram (IG) mendapat pujian serta membuahkan rasa bangga dalam kalangan peminat yang selama ini melihat kesungguhannya bekerja mencari rezeki.

"@turosri: Bagus betul achey..terbaik hadiahkan tanah untuk isteri tersayang... Pelaburan yang menjanjikan... Moga pulangannya berhasil dengan apa yang diusahakan."

"@_hafizothman88: Bijak beli tanah sebagai hadiah birthday."

"@husnansri: Sweet sangat..Hadiah yang paling bijak pernah tengok."

"@mummytriples: Nak nangis pulak tengok ni. Suka tengok kasih sayang achey pada isteri."

Sekadar info, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya sejak lapan tahun lalu.

Pasangan ini mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei lalu.

Hadiah besday dia yang selama 2 tahun di usahakan... bukan sekejap tau nak setlekan hadiah ni sebab akan datang hadiah ini yang kami gunakan bila di perlukan demi menyambung kehidupan...

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on