awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seniwati Umi Kalthum meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2013
07:10 MYT
Seniwati Umi Kalthum meninggal dunia
Seniwati veteran Datin Umi Kalthum, 80, meninggal dunia awal pagi tadi di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati. Beliau meninggal dunia ketika sedang tidur.
Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate selepas solat Zuhur.
Umi Kalsom, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959) selain Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Allahyarham Umi, yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar sebuah majalah antarabangsa sebagai “Wanita Melayu Paling Jelita” di seluruh Singapura dan Malaya.
Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.
Sementara itu anak keempat Allahyarham, Noorkumalasari, 57, berkata ibunya tidak bergerak ketika dikejutkan untuk bangun bersahur kira-kira 4.30 pagi ini.
"Mak tidak ada penyakit dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah 81 tahun. Kali terakhir saya menemuinya dua hari lepas ketika menghantar sambal ikan bilis, dan kami berborak seperti biasa," katanya.
Noorkumalasari berkata jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat sini sebelum solat Zuhur.
Allahyarham meninggalkan lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan, 22 orang cucu dan seorang cicit hasil perkahwinannya dengan pelakon Allahyarham S. Roomai Noor.
Sementara itu seniwati Rosnani Jamil, 77, rakan seangkatannya dalam bidang seni berkata beliau terkilan kerana hajatnya untuk berbuka puasa dengan Allahyarham yang dirancang pada 3 Ogos depan tidak kesampaian.
"Kami rancang nak jumpa pada majlis buka puasa anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran di bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), tetapi Allah terlebih dahulu menjemputnya, saya reda," katanya.
Seniman Datuk Aziz Satar, 88, pula berkata beliau mengenali Allahyarham di Singapura pada 1956. "Hubungan kami sebagai kawan tak pernah putus. Allahyarham seorang yang suka ketawa dan saya selalu mengusiknya bila kami berjumpa," katanya.
Topic Berkaitan
#patimah bahaudin
#Umi Kalthum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan