DUA personaliti popular dunia, Shakira dan Lewis Hamilton dilaporkan sedang melalui musim-musim bahagia sebagai pasangan kekasih.

Laporan media antarabangsa menyebut, Shakira yang juga penyanyi tersohor Shakira dan pelumba Formula 1 Hamilton masing-masing kini berada di fasa awal percintaan.

Sekalipun belum ada pengumuman rasmi daripada pasangan ini, namun, sumber yang dekat dengan mereka mengakui Shakira dan Hamilton saling menyenangi antara satu sama lain dan sangat cerita serta gembira dengan hubungan itu.

Shakira yang berasal dari Colombia turut memberi bayangan hubungan dia dan Hamilton ketika ini lebih daripada persahabatan.

Pasangan ini mula menarik perhatian media dan peminat selepas kerap muncul bersama di pelbagai acara.

Kali pertama kedua-duanya dilihat bersama ialah ketika Shakira menghadiri Grand Prix Miami bulan lalu.

Mereka juga menikmati makan malam bersama selepas itu.

Bahkan, video yang tersebar menunjukkan penyanyi 'Hips Don't Lie' dan legenda Formula Satu itu bersama di restoran popular, Cipriani, di Miami.

Menyusul selepas itu, Hamilton membawa Shakira bersiar-siar bersama rakannya di Miami. - Agensi