Sharnaaz Ahmad bertindak mencabar bapa teman wanitanya agar bersemuka berhubung perselisihan faham yang mereka hadapi.

Ini berikutan kenyataan ND Lala yang tidak mahu Sharnaaz memandai-mandai mengenai hasratnya yang mahu merisik Shila Amzah walaupun dihalang.

Sharnaaz akui tidak mahu ambil pusing dengan kenyataan ND Lala dan bertegas untuk menikahi Shila Amzah.

Dia juga bersedia berdepan dengan nd lala tetapi bapa teman wanitanya itu dilaporkan mengelak untuk bertemu.

Menyifatkan isu merisik tidak perlu diperbesarkan kepada media Sharnaaz turut mencabar agar ND Lala bertindak seperti seorang lelaki dalam menyelesaikan masalah peribadi.

Jelas Sharnaaz, tindakan ND Lala itu secara tidak langsung menyebabkan ibu bapanya terkilan dan marah.

Pelakon filem "Juvana" itu turut meminta agar perkara ini ditanyakan kepada Shila sendiri kerana gadis itu berhak membuat keputusan.

Sebelum ini, ND Lala menegur sikap Sharnaaz yang terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungannya dengan Shila.

ND Lala menganggap Shila masih belum bersedia untuk berumah tangga dan keinginan Sharnaaz untuk merisik pada Mac ini seperti mengenepikan dirinya dan isteri.