MALAYSIA
YouTuber warga China didenda RM800 ceroboh kawasan Parlimen

Kawasan Parlimen diisytiharkan sebagai kawasan larangan di bawah Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Padah menceroboh kawasan Parlimen Malaysia, seorang penggiat YouTube atau YouTuber separuh masa warga China didenda RM800 atau dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ringkasan AI
- Seorang YouTuber separuh masa warga China, Li Zhechen, didenda RM800 atau dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan larangan Parlimen Malaysia pada 9 Julai lalu.
- Tertuduh memasuki kawasan Parlimen untuk mengambil gambar dan video tanpa menyedari ia kawasan larangan; beliau memohon maaf dan merayu hukuman ringan atas alasan tidak berniat menceroboh serta telah insaf.
- Kes didakwa di bawah Seksyen 5(1) dan Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, Li telah memasuki kawasan Parlimen untuk mengambil gambar dan video sebelum dia ditahan pihak polis yang bertugas pada hari tersebut.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Adiba Iman Md Hassan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat awam.
Peguam Lee Ewe Kiang mewakili Li memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf selain tidak berniat untuk menceroboh kawasan larangan.
"Pada hari kejadian, anak guam yang datang ke Malaysia untuk melancong sedang beriadah di Taman Tasik Perdana sebelum memasuki kawasan Parlimen yang berdekatan dengan taman tasik itu.
"Li memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami