Shila Amzah berharap isu yang melibatkan bapanya, ND Lala dan teman lelakinya, Sharnaaz Ahmad dapat diselesaikan secepat mungkin.
Penyanyi itu mengeluarkan kenyataan media tetapi tidak menyimpulkan situasi sebenar yang berlaku di antara bapanya dan kekasihnya itu.
Sebagai anak dan juga seorang kekasih, Shila mendoakan agar kedua-dua pihak berdamai.
Shila mengakui tidak sanggup melukakan hati ibu bapa dengan melakukan sesuatu perkara tanpa restu.
Memohon maaf kepada ND Lala dan Sharnaaz, Shila juga mengambil sepenuh tanggungjawab kerana melibatkan maruah keluarga kedua-dua pihak.
Shila berharap rakan media dan peminat memahami apa yang berlaku pada masa ini dan memberikan mereka sedikit ruang untuk menyelesaikannya.
Kemelut yang melibatkan bapa dan kekasihnya itu melarat selepas berbalas kenyataan menerusi media.
ND Lala dikatakan tersinggung dan menyifatkan Sharnaaz sebagai biadab apabila mahu menghantar rombongan merisik pada Mac nanti.
Sedangkan dia dan isteri menyifatkan Shila belum bersedia untuk berkahwin.
Sharnaaz menempelak ND Lala dengan menyifatkan bapa Shila enggan bertemunya dan memberi peluang kepada Shila untuk membuat keputusan.
Bagaimanapun, Sharnaaz menyifatkan tindakan Shila mengeluarkan surat terbuka kepada media sebagai tindakan tidak matang.
Dia mengakui berjauh hati kerana Shila dan keluarganya enggan bersemuka untuk menyelesaikan masalah mereka.
Sharnaaz menganggap tindakan sedemikian sebagai tidak telus dan keanak-anakkan.
Ketika dihubungi sebuah portal hiburan, pelakon filem "Juvana" ini tidak mahu ambil peduli lagi dengan Shila dan menyerahkan segalanya kepada takdir.
Sharnaaz mempersoalkan sampai bila Shila harus dikongkong oleh ibu bapanya sedangkan Shila berhak bersuara.
Shila dan keluarganya sedang berada di China atas urusan kerja manakala Sharnaaz sedang menjalani penggambaran filem "Gila Baby".
Astro Awani
Wed Feb 06 2013
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Emak sudah tidak kenal siapa Nurshahila" - Fauziah Sarman
"Mungkin tiada budi dan pengorbanan emak di situ. Mak bahagia dan bangga melihat kejayaan cita-cita anak yang diinginkan sejak kecil, mungkin segala sukses itu bukan doa dari mak."
Shila Amzah ada sebab nak jual banglo didiami keluarga
Penyanyi Shila Amzah mengakui dia mengambil keputusan untuk menjual rumah banglo yang kini didiami oleh ibunya, Syada, Syafiq, Syahir serta Icha.
'Dia bukan buang saya saja, anak-anak juga' - Bekas isteri ND Lala
Bukan mudah untuk Fauziah atau mesra disapa sebagai kak Zie untuk melupakan segala kenangan manis dan pahit selama 34 tahun bergelar suami isteri dengan penyanyi itu.
Shila Amzah tanggung keluarga, Fauziah Sarman dakwa ND Lala bertahun tak kerja
"Bertahun-tahun anda (ND Lala) tidak bekerja, bertahun-tahun pagi petang main golf dan berpoya-poya dengan isteri baru."
Jangan label Siti Munirah 'penyondol', saya yang 'approach' - ND Lala
Penyanyi veteran Datuk ND Lala memohon orang ramai agar tidak melabelkan isterinya, Siti Munirah Abd Ghani sebagai penyondol.
Ceraikan ibu Shila Amzah melalui WhatsApp, ini profil penyanyi veteran ND Lala
Spekulasi tentang pergolakan rumah tangga ND Lala dan Fauziah akhirnya terjawab apabila mengumumkan telah rasmi diceraikan selepas 34 tahun menjadi suami isteri.
Tak tunggu bergambar, ND Lala bergegas tinggalkan majlis selepas akad nikah Shila dan Ubai
Ibu Shila, Fauziah Sarman yang ditemui turut enggan untuk ditemu bual media.
Shila Amzah sah milik Ubai, terima mas kahwin RM20,000
Shila menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai manakala hantaran dirahsiakan.
Pesanan ND Lala kepada Ubai: "Jaga Shila baik-baik"
Ubai dedah ramai yang bertanya mengenai kehadiran ND Lala pada majlis pertunangannya dengan Shila Amzah hujung minggu lalu.
ND Lala hadir majlis pertunangan Shila - Ubai
Foto kenangan bersama keluarga menepis dakwaan nakal yang bertebaran sebelum ini.