PELAKON, pelawak dan penyampai radio, Shuib mengumumkan tiada majlis resepsi untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Watie Hanifiah yang bakal berlangsung pada 23 Jun ini.
Shuib ketika ditemui di sesi sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie berkata, pada hari sama, akan berlangsung tiga majlis lain.
“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.
“Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.
Dalam masa yang sama Shuib juga menyatakan rasa syukur apabila majlis pada hari itu turut mendapat penajaan mencecah lebih RM1 juta.
“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.
“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” katanya.
Majlis itu akan berlangsung di Putra Glass House, Putra Height dan akan terhad kepada 600 tetamu.
Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.
Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu. - Gempak
Gempak
Wed Jun 07 2023

Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. - Gempak

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.

'Akhirnya terubat juga rindu Shuib pada arwah Siti Sarah' - Netizen
Pandangan dan renungan Shuib dengan mata yang redup itu membuatkan netizen tidak dapat menahan sebak.

Shuib dedah bisnes kafe raih RM150 juta dalam 3 tahun, nafi penglibatan Freemason
Tambah Shuib, hasil sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak, bisnes kafenya itu berjaya memperoleh keuntungan yang memberangsangkan selama tiga tahun ini.

Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.

Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.

Gembira Shuib bertemu jodoh, ini pesan bapa arwah Siti Sarah kepada bekas menantu
Menurut Raissuddin, dia telah menganggap Shuib seperti anaknya sendiri dan berharap pelawak itu dapat memberikan layanan yang baik terhadap isterinya iaitu Watie Hanifiah.

Mamat dedah punca tidak hadir majlis pernikahan Shuib
Mamat berkata dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahan rakannya itu untuk mengucapkan tahniah.

Shuib 'request' bapa arwah Siti Sarah jadi wakil untuk majlis tunang
Menurut Shuib, ia merupakan permintaannya sendiri memandangkan dia sudah pun menganggap Raissuddin seperti bapa kandungnya sendiri.

Shuib harap netizen berhenti bandingkan arwah Siti Sarah dengan tunang
Shuib memberitahu Allahyarham isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raissuddin sentiasa berada di tempat paling istimewa dalam hidupnya.

Shuib, Watie selamat bertunang
Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib selamat bertunang dengan wanita pilihannya, usahawan, Watie Hanifah dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam, hari ini.