KEMELUT rumah tangga Shuk Sahar dan Rossa Sera sudah berakhir selepas pelawak itu mengesahkan dia sudah menceraikan isterinya dengan talak satu pada 22 Mac lalu.
Menurut Shuk, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan cara baik dengan Sera selepas mereka pulang dari menunaikan umrah pada Januari lalu.
“Ya, memang betul saya dan Sera sudah sah bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
“Sebenarnya selepas balik umrah bersama itu, kami ada duduk berbincang dan kami buat keputusan untuk bercerai. Tapi kami berpisah pun dengan cara baik,” katanya kepada Gempak.
Masih menjalinkan hubungan yang baik dengan bekas isteri, Shuk memberitahu fokus utamanya kini hanya pada dua cahaya matanya yang kini menetap di Sabah bersama bekas ibu mentua.
“Sekarang ini memang anak-anak fokus utama saya. Anak-anak pun tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab Ain (anak sulung) dah masuk sekolah darjah satu.
"Saya okay saja... buat masa kini, saya memang tengah aktif berniaga di TikTok tapi kalau ada tawaran berlakon, saya akan terima,” ujarnya.
Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa curang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun. -- Gempak
Gempak
Fri Mar 31 2023
Menurut Shuk, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan cara baik dengan Sera selepas mereka pulang dari menunaikan umrah pada Januari lalu.- Gempak
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN terakhir lancar manifesto, kemuka lima tawaran
Calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang mengandungi lima tawaran.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.
AWANI 7:45 [06/05/2024] – Tiada kaitan 'bookie' | perlu setimpal pengiktirafan | Rela berhenti daripada lama di pejabat
- Kes Akhyar, Faisal Halim tiada kaitan bookie, polis minta jangan reka cerita.
- Penjawat awam tiada integriti tak berhak dapat layanan sama.
- 80% pekerja Malaysia pilih masuk pejabat hanya tiga hari seminggu.
- Hail Amir meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.
- Penjawat awam tiada integriti tak berhak dapat layanan sama.
- 80% pekerja Malaysia pilih masuk pejabat hanya tiga hari seminggu.
- Hail Amir meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.
Geran RM149.1 juta telah diberikan kepada PKS galakkan adaptasi teknologi baharu - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memberikan geran berjumlah RM149.1 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk tujuan adaptasi teknologi industri baharu. Jelasnya, ini sekaligus menafikan dakwaan yang menyatakan pihak Kementerian hanya memberi tumpuan kepada syarikat korporat besar dan mengabaikan PKS.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata 81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan. Jelasnya, angka ini sangat membanggakan bagi sebuah agensi yang baru ditubuhkan sejak Januari lalu.
Malaysia sasar 22.6 peratus KDNK disumbangkan ekonomi digital menjelang 2025 - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meletakkan sasaran untuk mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025. Jelasnya, ini merupakan sebahagian daripada strategi kementerian untuk memperkasakan sektor ekonomi selain daripada elektrik dan elektronik (E&E).
Pastikan sistem penilaian prestasi adil, tidak digunakan Ketua Jabatan untuk balas dendam - Pakar
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Aminuddin Awang berkata Kerajaan perlu memastikan sistem penilaian prestasi yang sedang dan akan digunakan adalah adil dalam menilai sumbangan penjawat awam. Jelasnya, tidak wajar sistem yang membolehkan mana-mana Ketua Jabatan memangsakan pekerja bawahan dikuatkuasakan tanpa penyesuaian yang perlu.
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam sesuai gaji diberikan - Pakar
Ketua Pegawai Eksekutif MTalent Training & Consultancy, Datuk Dr. Musa Ali berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam. Jelasnya, ini bagi memastikan penilaian tersebut mencerminkan sumbangan penjawat awam sesuai dengan pelaburan dan gaji yang diperuntukan untuk badan-badan yang berbeza berkenaan.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
Shuk Sahar sah bercerai dengan Rossa Sera
Kemelut rumah tangga Shuk Sahar dan Rossa Sera sudah berakhir selepas pelawak itu mengesahkan dia sudah menceraikan isterinya dengan talak satu pada 22 Mac lalu.