awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC

Bernama
Bernama
06/05/2024
13:15 MYT
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Mohd Khairi berkata pihaknya telah melantik seorang pegawai polis bertindak sebagai liaison officer menghubungkan polis dengan TFC. - Gambar Bernama
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata pihaknya telah melantik seorang pegawai polis bertindak sebagai liaison officer menghubungkan polis dengan TFC.
"Melalui pegawai tersebut, kami telah meminta alamat tempat tinggal semua pemain TFC berserta nombor telefon mereka untuk Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal dan anggota Ronda Cegah Jenayah membuat rondaan serta pemantauan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Selangor.
Sebelum itu pada Khamis, pemain TFC Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua individu dipercayai penyamun di kawasan kediamannya di sini.
Mohd Khairi bagaimanapun menafikan kedua-dua kejadian itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Sementara itu, beliau berkata polis telah memanggil beberapa pemain TFC bagi mengenal pasti motif kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Selangor FC
#TFC
#pusat beli-belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan