PEMINAT muzik yang lahir pada tahun 80-an sekali gus membesar dengan lagu-lagu dari era 90-an di seluruh dunia dikejutkan dengan berita berpulangnya salah seorang penyanyi wanita yang cukup eksentrik dan ikonik, Sinead O’Connor.
Penyanyi tersebut diumumkan meninggal dunia pada usia 56 tahun oleh keluarganya.
Berita duka itu menjadikan O’Connor trending dan bukan hanya rakan seperjuangan tetapi peminatnya di seluruh dunia mengenang perjalanan hidup dan seni wanita itu.
Untuk yang tidak pernah mengenal O’Connor, penyanyi ini cukup sohor kini dengan lagu Nothing Compares 2 U. Lagu yang diciptakan oleh mendiang Prince pada awal 90-an itu telah ditonton sebanyak 400 juta kali di YouTube.
Menerusi lagu tersebut, O’Connor mula mencipta penampilan yang unik termasuk imej botak kepala yang masih menjadi trademark sehingga kini.
Ironi, tanpa media Barat mahu menekankan isu ini, O’Connor sejak 2018 telah memeluk Islam. Allahyarham kemudian menukar namanya kepada Shuhada Sadaqat namun mengekalkan nama Sinead O’Connor sebagai nama pentas.
Dalam temubual di RTE’s Late Late Show pada tahun 2019, penyanyi berbakat besar itu mendedahkan bagaimana dirinya tertarik dan memeluk Islam.
Wanita kelahiran Dublin ini mengaku seorang penganut Katolik, namun sebelum menutup mata, O’Connor atau Shuhada adalah seorang Muslim.
“Saya membaca sedikit ayat Al Quran dan baru tersedar inilah ‘rumah’ saya. Dan sejak itu saya memilih menjadi Muslim untuk kehidupan saya,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Namun kehidupan O’Connor tidak berjalan mulus. Selain mendedahkan dirinya berdepan masalah kesihatan mental iaitu mengidap Bipolar, wanita ini juga mengalami kesedihan melampau selepas anak lelakinya, Shane meninggal dunia pada usia 17 tahun, pada Januari 2022.
Shane atau nama sebenarnya, Nevi'im Nesta Ali Shane O'Connor dilaporkan mati bunuh diri dan peristiwa tersebut meninggalkan luka yang sangat mendalam terhadap O’Connor.
Malah O’Connor sebelum ini sempat meluahkan perasaan di media sosial dengan menulis: “Anakku yang manis, cahaya hatiku telah mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya.
“Semoga dia bersemadi dengan aman dan semoga tidak ada yang mengikuti sejak langkahnya.
“Saya sangat mencintai anda. Semoga anakku tenang di sana.”
Sebelum kematiannya, O’Connor mengumumkan kembali ke London selepas 23 tahun menyepi. Dia mengaku sedang merakamkan album yang mahu dirilis pada tahun hadapan selain rencana konsert jelajah.
Sehingga artikel ini ditulis, punca kematian O’Connor masih belum diumumkan. -- Gempak
Gempak
Thu Jul 27 2023
Sebelum kematiannya, OConnor mengumumkan kembali ke London selepas 23 tahun menyepi. - Gempak
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Alunan 'Nothing Compares 2U' dalam 'versi baharu' Sinead O'Connor
Penyanyi asal Ireland yang popular sekitar tahun 80-an dengan imej berkepala botak itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya memeluk agama Islam pada tahun lalu.