“SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza” merupakan pameran seni pelbagai genre yang mengabadikan kehidupan dan imej Dato’ Siti Nurhaliza sebagai ikon pop seni negara. Konsep yang sama pernah dilakukan oleh ikon pop art dunia Andy Warhol kepada Marilyn Monroe.
Pelancaran pameran seni ini bertepatan dengan pengenalan penjenamaan baru ruang Artelier Gallery di Publika, Kuala Lumpur.
Seramai 17 artis seni halus generasi muda telah dijemput untuk meneroka secara terbuka dan mengungkap tafsiran mereka terhadap bagaimana dinamik kehidupan seorang penyanyi nombor satu negara pada medium yang belum pernah dilihat sebelum ini.
Artis tempatan dan antarabangsa itu telah dipilih berdasarkan penguasaan pelbagai genre yang berbeza antaranya lukisan, seni ukir, media campuran, seni stensil, kaligrafi dan seni media baru – memindahkan imaginasi mereka secara tepat dalam mewakili kehidupan pelbagai bakat dan pelbagai wajah Dato’ Siti Nurhaliza.
Antara artis tempatan dan antarabangsa yang terlibat dalam pameran seni ini ialah:
- Adrian Torres (Spain)
- Amirfirdaus Tarmizi
- Arikwibowo Amril
- Azizi Latif
- Badruddin Syah Abdul Wahab
- E. M. Nightwatcher (Iran)
- Faiz Yunus
- Muhammad Firdaus Mahadi
- Haafiz Shahimi
- Haffendi Anuar
- Khairul Arshad
- Muhammad Syahbandi Samat (MEAA winner 2012)
- Nazmi Ismail
- Sabihis Md. Pandi (MEAA winner 2013)
- Scott & Dhameer Abbas
- Shafiq Nordin (MEAA winner 2013)
- Zizan Rozman
“SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza” merupakan usaha mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa, satu badan amal yang ditubuhkan oleh Siti bersama suaminya, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa bagi membantu mangsa bencana alam.
Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai mulai Khamis, 27 Februari 2014 hingga 26 Mac depan dan galeri dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam setiap hari Selasa hingga Ahad.