Aktif di laman sosial Twitter menerusi akaunnya @CTNurhaliza11, Datuk Siti Nurhaliza menafikan yang beliau menulis tweet berbaur politik. Sebaliknya, apa yang diluahkannya itu lebih cenderung kepada diskriminasi dalam dunia hiburan.
Baru-baru ini, sewaktu negara dikejutkan dengan kehadiran penyanyi antarabangsa Psy ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, penyanyi nombor satu negara itu telah menyokong pandangan beberapa rakan ikutannya di laman sosial tersebut.
Ini termasuk mengulang tweet (RT) pandangan anak tirinya, Aazief Khalid.
Siti menganggap laman sosial digunakannya sebagai medium untuk meluahkan pandangannya sahaja dan sesiapa pun boleh mentafsir dari pelbagai persepsi.
“Ia lebih kepada suara saya sebagai artis Malaysia, lebih-lebih lagi ia melibatkan maruah artis-artis lain juga. Kami terfikir sendiri apakah akan lebih bagus sekiranya peluang itu diberikan kepada artis tempatan.” ulas Siti yang berpeluang untuk mengadakan konsert solonya di Kuantan tahun lalu.
Siti berharap pihak penaja lebih bermurah hati untuk turut membantu artis tempatan dan dalam waktu yang sama turut menyokong kemunculan artis antarabangsa ke sini.
“Saya bukannya menolak kedatangan artis dari luar negara. Malah saya sendiri gunakan sebahagian daripada lagunya dalam persembahan saya sendiri. Namun, luahan saya lebih terjurus kepada pihak-pihak penajaan yang sepatutnya memberikan peluang yang sama kepada artis tempatan, kalau tidak pun separuh daripada apa yang artis antarabangsa perolehi.” tambahnya lagi yang turut menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert solo di Kuala Lumpur tahun ini.
Antara penyanyi tempatan yang seakan dinafikan peluang penajaan termasuk Anuar Zain yang bakal mengadakan Konsert 3 Dekad Muzik Cinta dan Sanubari di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu ini.
Astro Awani
Thu Feb 14 2013
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
BTS jadi kumpulan Korea Selatan pertama duduki tangga teratas carta Billboard
Kumpulan K-Pop terkemuka, BTS sekali lagi memecah rekod dunia dengan menjadi kumpulan Korea Selatan pertama yang menduduki tangga teratas carta single Amerika Syarikat (AS).
Jho Low nafi terima layanan pelacur, terlibat skandal seks K-Pop
Ahli perniagaan dalam buruan dari Malaysia, Jho Low menafikan terlibat dalam skandal seks dan pelacuran melibatkan Pengarah Urusan YG Entertainment, Yang Hyun Suk.
100 juta tontonan dalam masa dua hari, BLACKPINK pintas rekod PSY, Ariana Grande
Video muzik kumpulan sensasi K-pop, BlackPink berjaya memecah rekod dengan mendapat 100 juta tontonan dalam tempoh hanya dua hari.
BTS pecahkan rekod lagi, kali ini pintas Gangnam Style!
Lagu Fake Love nyanyian BTS memecahkan rekod Gangnam Style untuk menjadi lagu artis K-Pop yang paling banyak distrim di Spotify.
PSY dedah kisah mengejutkan sebalik kejayaan Gangnam Style
"Sejujurnya saya tidak tahu apa itu YouTube. Seorang pekerja memberi cadangan kepada saya untuk memuat naik Gangnam Style di YouTube.
Selepas lima tahun, 'Gangnam Style' masih popular di Youtube
Selepas lima tahun, ternyata peminat masih gemarkan muzik video Gangnam Style oleh Psy. Ini kerana muzik video itu mencecah tiga bilion tontonan sehingga semalam.
Astro Gempak saluran paling banyak dilanggan di YouTube
Astro Gempak telah disenaraikan sebagai saluran (channel) paling banyak dilanggan di YouTube Malaysia pada tahun 2013.
PSY beri ucapan di Universiti Harvard
Psy yang merupakan penyanyi Asia pertama memberi ucapan di universiti Harvard mendedahkan dia pernah digelar -WWF-.
Kisah PSY kini dikomikkan
Kisah bagaimana PSY mengecapi populariti menerusi Gangnam Style kini boleh dibaca dalam buku komik.
PM gembira Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina meriah
PM Najib melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menerima sambutan meriah daripada lebih 80,000 pengunjung sempena majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang.