ENTERTAINMENT
Siti Nurhaliza sambut raya secara sederhana

Siti Nurhaliza menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang. -Gempak
BIDUANITA Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu dia sekeluarga seperti biasa menyambut Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur terlebih dahulu dan kemudian akan pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang.
Ringkasan AI
- Siti Nurhaliza menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang.
- Dia membeli baju raya secara dalam talian dan memakai semula pakaian yang pernah digayakan sebelum ini, dengan fokus pada pakaian anak-anak yang sedondon.
- Siti Nurhaliza berasa sayang untuk memakai baju hanya sekali dan biasanya memakainya beberapa kali untuk acara lain seperti majlis kenduri kesyukuran dan perkahwinan.
Baju online
Berkongsi mengenai sambutan raya, Siti Nurhaliza memberitahu dia juga membeli baju secara dalam talian selain memakai semula pakaian yang pernah digayakan sebelum ini.
“Persiapan raya saya setiap tahun sama saja. Tapi yang lebih saya fokus adalah anak-anak saya. Mesti kena ada baju yang match (sedondon) dengan ibu dan ayah.
“Untuk baju raya tak banyak pun, ada la termasuk dengan baju yang saya dah pernah pakai. Sebab ada baju yang saya pakai berulang juga. Cuma baju baru mungkin dalam tujuh saja.
“Saya pun ada baju-baju yang saya beli dalam talian. Saya beli online juga sebab nak pakai sebulan kan,” kata Siti Nurhaliza kepada Gempak.
Pakai beberapa kali
Dalam pada itu, penyanyi tersohor negara ini mengakui dia berasa ‘sayang’ untuk memakai baju hanya sekali sahaja.
“Masing-masing ada pilihan kan, terpulang… tapi untuk saya, rasa sayang kalau pakai baju itu hanya sekali. Sekurang-kurangnya pakai la dua kali. Paling banyak pun, saya pernah pakai baju raya tiga kali.
“Masa itu, orang dah lupa la. Saya pakai semula untuk acara-acara macam bukan hari raya la, macam majlis kenduri kesyukuran ke, perkahwinan ke,” ujarnya. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami