awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nurhaliza tegur pihak menyamar peminat, cuba keruhkan situasi

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2021
05:55 MYT
Siti Nurhaliza tegur pihak menyamar peminat, cuba keruhkan situasi
Siti ditemui di majlis pelancaran Wafer Emas Edisi Terhad Eksklusif Jubli Perak Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada Rabu.- Gambar Instagram@ctdk
KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menegur segelintir pihak yang menyamar sebagai ahli kelab peminatnya dengan tujuan yang tidak baik.
Kata Siti, beliau bersedia menerima sebarang kritikan tetapi ia perlulah dilakukan dengan cara yang betul dan beradab.
Menurut pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu, beliau sedar kehadiran golongan yang menyamar sebagai peminatnya dan menggunakan platform kelab peminatnya, Sitizone, untuk mengkritik dan melaga-lagakan peminat.
“Ada masa saya perlu ingatkan mereka, tetapi tidaklah dengan cara yang kasar kerana memahami situasi semua pihak.
“Saya tahu ada pihak yang mengatakan mereka ahli Sitizoners tetapi sebenarnya tidak dan mengambil peluang atau platform itu untuk menghangatkan sesuatu isu atau keadaan,” jelasnya.
BACA: Siti Nurhaliza jangka bersalin anak kedua awal Ramadan
Siti ditemui di majlis pelancaran Wafer Emas Edisi Terhad Eksklusif Jubli Perak Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada Rabu.
Berkongsi mengenai kolaborasi bersama YaPEIM itu, kedua-dua pihak mencipta sejarah dengan memperkenalkan wafer emas 999 satu gram, lima gram dan dinar emas (4.25 gram).
Keluaran YaPEIM Gold ini adalah langkah untuk menggalakkan masyarakat terutama dalam kalangan peminatnya untuk menjadikan wafer emas ini koleksi peribadi sekali gus mendidik masyarakat untuk menyimpan emas.
Pihak YaPEIM mensasarkan jualan 30,000 keping bagi varian satu gram, manakala 3,000 keping bagi edisi satu dinar dan 3,000 keping bagi edisi lima gram secara pra tempahan.
AWANIxGEMPAK | Siti tegur pihak menyamar peminat
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#penyanyi
#peminat
#hiburan
#Sitizone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan