Siti Saleha, M Nasir antara dilantik Profesor Adjung Taylor’s University

Pelantikan ini menunjukkan komitmen Taylor's University dalam merapatkan jurang antara pengajian akademik dan amalan profesional. - Gempak
TAYLOR'S University mengumumkan pelantikan empat tokoh tersohor dalam industri seni persembahan sebagai Profesor Adjung bagi program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Kepujian).
Ringkasan AI
- Taylors University mengumumkan pelantikan empat tokoh tersohor dalam industri seni persembahan sebagai Profesor Adjung bagi program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Kepujian).
- Pelantikan ini menunjukkan komitmen universiti dalam merapatkan jurang antara pengajian akademik dan amalan profesional, serta memperkasa pelajar melalui bimbingan langsung dari penggiat terkemuka dalam bidang persembahan, muzik dan tarian.
- Tokoh-tokoh seperti Siti Saleha Mohd Baharum, Datin Marlia Musa, Datuk Dr Haji Mohamad Nasir Mohamed Sam, dan Maria Sascha Khan akan membawa pengalaman luas dan pandangan mendalam kepada pelajar dalam bidang seni persembahan, muzik, dan tarian.
Pengkhususan Muzik pula akan diperkaya dengan penglibatan penulis lagu, komposer dan penerbit iaitu Datuk Mohamad Nasir Mohamed Sam (M Nasir) yang telah membentuk industri muzik Malaysia lebih daripada empat dekad.
Selain itu, Pengkhususan Tarian akan dibimbing oleh seorang penari balet bertaraf antarabangsa, bekas Principal Ballerina, dan Pengarah Pembangunan Artistik bagi Ballet Nights di Asia Tenggara iaitu Maria Sascha Khan.
Pengarah Program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Kepujian), Taylor’s University, Raziman Sarbini berkata bimbingan tokoh-tokoh ini akan memberikan pelajar pengalaman industri yang lebih nyata sekali gus meningkatkan kemahiran serta keyakinan mereka. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


