awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya, 45 laporan diterima, lapan direkod keterangan
Kilang makanan sejuk beku di Puchong terbakar, tiada mangsa terlibat
[TERKINI] Isma Aliff meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Spider-Woman' dalam pembikinan? Olivia Wilde bakal terajui filem Marvel untuk Sony

Agensi
Agensi
21/08/2020
00:07 MYT
'Spider-Woman' dalam pembikinan? Olivia Wilde bakal terajui filem Marvel untuk Sony
Wilde disebut-sebut bakal mengarahkan filem Spider-Woman. -Gambar Instagram@oliviawilde / marvel.com/
PELAKON Olivia Wilde telah menandatangani perjanjian dengan Sony Pictures untuk mengarah sebuah filem Marvel yang menampilkan watak wanita sebagai watak utama.
Ia sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa filem baharu tersebut merupakan Spider-Woman.
Memetik laporan Screen Rant, Sony menghabiskan beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengembangkan koleksi watak-watak Spider-Man yang dimiliki mereka dan menjadikannya sebagai filem francais.
Studio berkenaan mendapat sambutan hangat dengan filem "Venom" pada 2018 dan sudah merancang sekuel filemnya.
BACA: Spin-off terbaharu Spider-Man bakal diterajui wanita?
Seterusnya, Sony mengharapkan filem lakonan Jared Leto, "Morbius" untuk memecah rekod pecah panggung.
Sementara itu, Spider-Woman mempunyai beberapa identiti rahsia dalam dunia Marvel.
Antara identiti Spider-Woman terkenal ialah Jessica Drew, Julia Carpenter, Mattie Franklin, Charlotte Witter dan Skrull yang mempunyai kemampuan berubah bentuk, Veranke.
Setakat ini, belum diketahui versi mana yang akan digunakan Wilde atau sama ada benar beliau akan mengarahkan filem Spider-Woman.
Bagaimanapun, menerusi satu ciapan di akaun Twitter peribadinya, Wilde mengesahkan desas-desus yang bertiup kencang itu dengan emoji labah-labah.
https://t.co/hkchsQsaaX
— olivia wilde (@oliviawilde) August 19, 2020
Apa sahaja filem yang bakal diarahkannya, Wilde akan menulis skrip filem berkenaan bersama-sama rakan penulisnya Katie Silberman.
Amy Pascal pula akan menghasilkan projek rahsia tersebut dengan penerbit eksekutif Rachel O’Connor.
Filem Wilde yang tidak bertajuk lagi itu akan menyertai filem arahan pengarah S.J Clarkson, Madame Web, sebagai filem adiwira wanita kedua Sony dalam francais Spider-Man.
Bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan Wilde mungkin akan memilih untuk memberi nafas baharu kepada Silver & Black atau watak wanita lain dalam dunia Spider-Man.
Topic Berkaitan
#Charlotte Witter
#Jessica Drew
#Julia Carpenter
#Mattie Franklin
#Olivia Wilde
#Skrull
#Sony Pictures
#Spider-Woman
#Veranke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan