awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Steven Seagal bakal meriahkan AIFFA 2019

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
08/04/2019
08:56 MYT
Steven Seagal bakal meriahkan AIFFA 2019
Bintang Hollywood terkenal, Steven Seagal bakal ke Kuching, Sarawak penghujung bulan ini. Pelakon Hard to Kill ini bakal berkunjung ke negeri Bui Kenyalang sempena anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019
BINTANG Hollywood terkenal, Steven Seagal bakal ke Kuching, Sarawak penghujung bulan ini.
Pelakon filem Hard to Kill ini bakal berkunjung ke negeri Bumi Kenyalang sempena anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019.
Ini merupakan kali keempat Kuching dipilih menjadi tuan rumah pada acara yang bakal bermula 25 sehingga 27 April ini.
Sebanyak 16 anugerah dipertandingkan membabitkan penyertaan daripada sepuluh negara ASEAN.
Menurut Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, penganjuran acara seperti bagus untuk terus mempromosi Sarawak di mata dunia.
“Angkat Sarawak dalam dunia pelancongan dan dalam dunia perfileman dan amat sesuai sekali untuk promosi Sarawak lebih-lebih lagi dalam kempen melawat Sarawak,” ujarnya.
AIFFA juga merupakan platform terbaik menghimpunkan penggiat industri perfileman dari rantau ASEAN.
Tambahnya lagi, festival tersebut juga mampu beri peluang perniagaan terutama dalam industri pengedaran dan pameran filem.
Selain mengangkat karya pembikin filem, kesemua filem yang menerima pencalonan juga akan ditayangkan secara percuma di kuching waterfront.
Selain itu, terdapat juga penganjuran bengkel Startcraft, AIFFA Biz World Talk dan AIFFA Biz World Exhibition.
Topic Berkaitan
#AIFFA2019
#ASEAN
#AWANI Sarawak
#Hollywood
#Kuching
#More to discover
#Sarawak
#steven seagal
#Visit Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan