awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sufian Suhaimi mengaku tujuan utama jadi anak seni bukan untuk raih populariti

Gempak
Gempak
16/09/2017
04:50 MYT
Sufian Suhaimi mengaku tujuan utama jadi anak seni bukan untuk raih populariti
Sufian mengumumkan bakal bertunang dengan Elfira Loy di kediaman keluarganya di Cheras, pada 6 Oktober. Foto Astro Gempak
PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui tujuan utamanya bergelar sebagai seorang anak seni bukan untuk meraih populariti.
Menurut Sufian, 25, dia tidak memandang populariti sebagai perkara utama sebaliknya ingin mengetengahkan bakatnya dalam industri seni suara.
"Saya minat muzik bukan kerana ingin mengejar populariti sebaliknya saya mahu menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan dapat mewarnai industri muzik di Malaysia.
"Saya tidak pernah tertekan soal populariti sebaliknya saya mahu lebih fokus kepada karya yang dihasilkan kerana itu merupakan minat saya sejak kecil lagi.
"Sebagai penyanyi saya mahu ketengahkan bakat yang ada dan cuba memperbaiki diri supaya nama saya kekal relevan dalam industri.
"Meskipun ada yang mengkritik namun saya anggap perkara itu sebagai pembakar semangat untuk saya terus maju pada masa akan datang melalui lagu-lagu yang dihasilkan," katanya kepada Astro Gempak.
Sufian berkata demikian ketika ditemui di Majlis Ulang Tahun ke-10 rangkaian restoran makanan Korea, Seoul Garden di Melawati Mall, Ampang, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Sufian juga mengumumkan bakal bertunang dengan Elfira Loy, 23, di kediaman keluarganya di Cheras, pada 6 Oktober depan.
Sebelum ini, Sufian dan keluarga telah menghantar rombongan merisik di rumah keluarga Elfira lebih tiga bulan lalu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#anak seni
#Elfira Loy
#pertunangan
#populariti
#Sufian Suhaimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan