awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Superman' kembali! Filem arahan James Gunn dijangka pecah panggung

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2025
10:16 MYT
'Superman' kembali! Filem arahan James Gunn dijangka pecah panggung
Filem ini merupakan terbitan pertama di bawah pimpinan Gunn dan Peter Safran untuk DC Studios, dengan bajet sekitar $225 juta. -Foto YouTube DC
LOS ANGELES: Filem reboot “Superman” arahan James Gunn, yang bakal ditayangkan pada 11 Julai ini, dijangka mencatat kutipan pembukaan di antara $120 juta hingga $130 juta di Amerika Syarikat (AS), menjadikannya pelancaran solo Superman terbesar dalam sejarah dan ketiga tertinggi bagi tahun 2025.

Ringkasan AI
  • Filem reboot Superman arahan James Gunn dijangka mencatat kutipan pembukaan antara $120 juta hingga $130 juta di AS, menjadikannya pelancaran solo Superman terbesar dan ketiga tertinggi tahun 2025.
  • Filem ini menampilkan David Corenswet sebagai Superman dan memperkenalkan semesta sinematik DC Studios baharu, dengan ulasan awal positif walaupun ada kritikan terhadap jumlah watak dan perubahan nada.
  • Prestasi filem ini penting untuk masa depan DC Studios, dengan tayangan global melebihi $200 juta dijangka dan persaingan sengit dengan -Jurassic World Rebirth- di carta box office.

Filem ini merupakan terbitan pertama di bawah pimpinan Gunn dan Peter Safran untuk DC Studios, dengan bajet sekitar $225 juta, lapor Variety.
Ia menampilkan David Corenswet sebagai Superman, Rachel Brosnahan sebagai Lois Lane dan Nicholas Hoult sebagai Lex Luthor, serta memperkenalkan watak sokongan seperti Krypto the Super-Dog, dalam apa yang digambarkan Gunn sebagai bab pembukaan kepada semesta sinematik 10 tahun.
Ulasan awal yang diterbitkan Selasa meletakkan filem ini pada 87% di Rotten Tomatoes, dengan pujian terhadap lakonan Corenswet bersama Brosnahan.
Namun, beberapa pengkritik menyatakan filem ini mempunyai terlalu banyak watak dan perubahan nada yang ketara dari serius ke jenaka slapstik.
Walaupun begitu, konsensus umum menyatakan Gunn berjaya mengembalikan citra dan harapan kepada watak Superman yang kali terakhir muncul dalam “Man of Steel” pada 2013.
Warner Bros menjangkakan kutipan lebih konservatif sekitar $100 juta hingga $110 juta, manakala unjuran global oleh Deadline meletakkan kutipan hujung minggu pertama melebihi $200 juta.
Prestasi filem ini dianggap penting untuk menentukan minat penonton terhadap pelan jangka panjang DC Studios, yang akan diteruskan dengan “Supergirl: Woman of Tomorrow” pada musim panas tahun depan.
Filem ini akan ditayangkan di lebih 4,000 pawagam di Amerika Utara, termasuk skrin IMAX, dan bakal bersaing dengan tayangan minggu kedua “Jurassic World Rebirth” untuk tempat teratas di carta box office.
Topic Berkaitan
#superman
#James Gunn
#David Corenswet
#DC Studios
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan