awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Susan Lankester menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di AACA, dedikasi buat pejuang kanser

Gempak
Gempak
05/12/2024
10:45 MYT
Susan Lankester menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di AACA, dedikasi buat pejuang kanser
Kemenangan itu susulan persembahan cemerlang Susan Lankester sebagai Aileen Choo dalam filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza. - Gempak
PELAKON prolifik Susan Lankester mencipta kejayaan apabila memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2024 yang berlangsung di Singapura malam tadi.
Markah Kemenangan Beza 0.8
Kemenangan itu susulan persembahan cemerlangnya sebagai Aileen Choo dalam filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza.
Lebih bermakna, pencapaian cemerlang Susan itu hanya membezakan jumlah markah kemenangan sebanyak 0.08 dari pencabar akhir, Robyn Malcolm.
Sebak sejurus nama diumumkan sebagai pemenang, Susan menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan pelakon dan kru yang telah membantunya menjayakan watak Aileen.
Dedikasi Buat Pejuang Kanser
Lebih magis, Susan turut mendedikasikan anugerah tersebut kepada ibunya dan semua wanita yang berjuang dengan kanser.
Untuk rekod, kejayaan ini adalah kejayaan kedua buat Susan dalam anugerah penuh berprestij itu selepas menjulang trofi Pelakon Komedi Terbaik Asia pada AACA 2021.
Filem Raintown yang memaparkan tema perjuangan keluarga mendapat pujian kerana susur penceritaan dan persembahan para pelakonnya yang mantap.
Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat antaranya termasuk Chew Kin Wah, Pauline Tan, Wilson Lee, dan Fabian Loo.
Diterbitkan oleh Current Pictures Sdn Bhd, Rain Town menyentuh tentang hubungan keluarga yang semakin renggang dan pergelutan emosi ahlinya.
Filem ini mengisahkan tentang Choo, seorang bapa yang sering campur tangan dalam kehidupan peribadi tiga anaknya yang sudah dewasa, dan akhirnya membawa kepada konflik apabila isterinya Aileen, mengalami kemalangan. -- Gempak
Topic Berkaitan
#susan lankester
#menang Pelakon Wanita Terbaik
#Asian Academy Creative Awards
#Rain Town
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan