awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syafie Naswip jaga batas pergaulan dalam lakonan

Bernama
Bernama
25/09/2024
08:07 MYT
Syafie Naswip jaga batas pergaulan dalam lakonan
Pelakon filem Gayong Syafie Naswip selepas sidang media dan pelancaran filem Gayong di Astana Putra Universiti Putra Malaysia baru-baru ini. - Foto Bernama
SERDANG: Baru sahaja bergelar suami, pelakon Syafie Naswip, 32, mengakui perlu lebih berhati-hati dalam menjaga batas pergaulan di lokasi penggambaran agar tidak mencetuskan sebarang salah faham.
Walaupun isterinya bersikap terbuka dan memahami kerjayanya, ia bukanlah lesen bagi pelakon filem Mukhsin ini mengaut sahaja semua watak atau sanggup melakukan babak mesra mengikut permintaan skrip.
"Setakat ini, isteri saya okey saja dengan watak yang saya lakonkan. Namun, sebagai suami sudah tentulah kita pun kena tahu batas untuk diri sendiri. Apabila dah baca skrip, kita tahulah kehendak sesuatu babak sama ada over atau tidak. Kalau dulu (sebelum berkahwin) mungkin boleh buat lagi (babak bersentuhan), tapi sekarang perlu berhati-hati.
"Bukan apa, sekarang pun banyak kes kemelut rumah tangga yang berlaku di luar sana, saya tidak mahu ia (masalah itu) terpalit juga kepada kami. Jadi, mana yang boleh saya jaga, kita bincang elok-elok," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media dan pelancaran filem Gayong di sini, baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar Muhammad Syafie Naswip ini turut bersyukur apabila rezekinya semakin bertambah selepas mendirikan rumah tangga dengan Nur Afiqah Ishak pada penghujung Disember 2023.
"Alhamdulillah, apa yang saya perasan, selepas berkahwin saya banyak mendapat tawaran berlakon filem, namun saya juga bersedia menerima tawaran untuk drama dan telemovie," katanya
Ditanya mengenai perancangan masa depannya, Syafie mengakui menyimpan hasrat untuk membuka sebuah nurseri, suatu hari nanti.
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25 ini sebelum ini rancak melakukan aktiviti bercucuk tanam yang menjadi terapi dirinya sepanjang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
"Melihat sayuran hijau yang tumbuh segar di depan mata menjadikan saya leka menikmati keindahan selain menenangkan minda dan jiwa terutama setelah penat bekerja.
"Semua pokok saya manja sebab biasanya saya akan pegang dan belainya serta bercakap dengan membahasakan diri sebagai abah, barulah pokok akan sihat dan segar sentiasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syafie Naswip
#jaga batas pergaulan
#pelakon
#baru berkhawin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan