Anak kepada sepupu pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, Noor Sameera Mohd Nazlee yang sebelum ini positif COVID-19, kini disahkan telah sembuh.
Berita gembira mengenai bayi berusia enam bulan itu dikongsikan Neelofa di laman Twitter pada Rabu.
Dalam satu hantaran, Neelofa berkata status ‘baby’ Sameera kini sudah discaj dan pulang ke rumah selepas ujian COVID-19 terhadapnya didapati negatif.
“Alhamdulillah, selepas 19 hari di kuarantin, Baby Sameera sudah dapat pulang. Keputusan ujian didapati negatif.
“Syukur dan terima kasih semua atas kiriman doa buat Baby Sameera,” katanya.
Dalam masa sama, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya selepas hampir dua minggu menjalani kuarantin di hospital.
Noor Cahaya sempat memberikan ucapan penghargaan kepada para petugas perubatan yang menjaga anaknya selama tempoh itu.
“Mereka melaksanakan tugas mereka sangat baik. Mereka sentiasa memastikan kami dijaga dengan baik dan pastinya saya tidak dapat lupakan pengorbanan mereka,” katanya menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram Story.
Difahamkan, sepupu Neelofa menetap di Brunei bersama keluarga suami dan salah seorang ahli keluarga baru mereka baru sahaja pulang dari luar negara, dipercayai telah menjangkiti bayi itu.
BACA: Anak sepupu Neelofa berusia enam bulan sah dijangkiti COVID-19
Najmi Syahiran Mamat
Wed Apr 08 2020

Neelofa berkata, berkata status 'baby' Sameera kini adalah negatif COVID-19. - Gambar Instagram /missnoorcahaya

Bazar Ramadan Tok Adis dibenar beroperasi semula esok
Bazar Ramadan Tok Adis dekat Kuala Ibai di sini yang diarah tutup sementara oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) pada Jumaat lepas (16 April) dibenarkan beroperasi semula mulai petang esok.

Polis sudah panggil individu terbabit pertengkaran di restoran makanan segera
Polis sudah memanggil saksi dan individu terbabit dalam kejadian jam 1.30 tengah hari Sabtu itu untuk siasatan lanjut.
![AWANI 7:45 [18/04/2021]: Jangan marah dikenakan tindakan | Dipercayai kongsi gelap | Surat mohon maaf AWANI 7:45 [18/04/2021]: Jangan marah dikenakan tindakan | Dipercayai kongsi gelap | Surat mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900433/16572289261618756679799_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [18/04/2021]: Jangan marah dikenakan tindakan | Dipercayai kongsi gelap | Surat mohon maaf
Saksikan #AWANI745 untuk berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Syaff Shukri dan Essan Yahya. Fokus #AWANI745 malam ini: - 61 video iklan judi raya tular di platform media sosial. - Harta suspek utama pukul pengawal keselamatan dalam proses disita. - Hanya tiga hari Mamat Khalid dapat RM 1 juta.

AWANI Ringkas: Pengetua SMK Dato' Bentara Luar mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Badut muncul jadi hero seru patuh SOP di bazar Ramadan
Inisiatif itu diambil oleh Muslim Clown Malaysia (MCM) Perak berikutan penutupan beberapa bazar Ramadan ekoran kegagalan mematuhi SOP.

'Memalukan jika jajaran baharu UMNO libatkan PKR, DAP' - Shahidan Kassim
Gerakan mewujudkan jajaran baharu UMNO dengan PKR dan DAP yang semakin panas diperkatakan ketika ini adalah memalukan.

Najib perlu beri pandangan positif kepada kerajaan, bersama tarik pelabur - Shahidan Kassim
Semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta memberi pandangan positif kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi meningkatkan ekonomi negara.

Tey Kok Kiew kekal Pengerusi DAP Melaka
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir Tey Kok Kiew kekal sebagai Pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2021-2024.

AWANI Ringkas: Pukul pengawal | Polis dalam proses sita harta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Pencari belut didakwa bakar isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

"Syukur Baby Sameera sudah sembuh" Neelofa gembira anak sepupu bebas COVID-19
Anak kepada sepupu pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, Noor Sameera Mohd Nazlee yang sebelum ini positif COVID-19, kini disahkan telah sembuh.