awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Syukur dikurniakan seorang lagi cahaya mata' - Natasha Hudson selamat bersalin anak keempat

Gempak
Gempak
06/06/2024
08:41 MYT
'Syukur dikurniakan seorang lagi cahaya mata' - Natasha Hudson selamat bersalin anak keempat
Natasha memuat naik swafoto bersama suaminya Muhammad Haris Jasmin ketika berada di wad. -Gempak
PELAKON Natasha Hudson melahirkan rasa syukur apabila selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah hospital pada Rabu.
Syukur Dikurniakan Cahaya Mata
Natasha menerusi Instastory berkata pengalaman melahirkan seorang lagi anak merupakan momen yang paling bermakna buatnya.
“Another silver lining. Saya sangat bersyukur untuk satu lagi cahaya mata.
"Membawa seorang manusia dalam kehidupan menjadikan ia satu perasaan yang sangat terbaik dan melalui pengalaman lagi.
“Mengingatkan saya kepada kecantikan dan keajaiban hidup itu sendiri dan saya melihat ke hadapan untuk lebih menikmati setiap momen yang berharga dari tendangan kecil pertama kepada kenangan yang tak terkira yang kita cipta sebagai keluarga,” kongsinya.
Natasha turut memuat naik swafoto bersama suaminya iaitu Muhammad Haris Jasmin ketika berada di wad.
Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.
Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Neesa Helena.
Natasha kemudiannya berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012.
Menerusi perkahwinan bersama Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela dan Faatimah. Pasangan ini bercerai pada 2018.
Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.
Pada 2022, Natasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin dan kini dikurniakan seorang cahaya mata. -Gempak
Topic Berkaitan
#Natasha Hudson
#cahaya mata keempat
#Muhammad Haris Jasmin
#perkahwinan kelima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan