Skip to main content

Hiburan

Taeyang nyanyi lagu Sheila Majid, tukar Anyer dan Jakarta jadi Seoul dan Kuala Lumpur

51733634814_TBTAUYANGjpg.jpg
Penyanyi sensasi Korea Selatan, Taeyang menggamitkan suasana Axiata Arena Bukit Jalil apabila mendendangkan sebuah lagu nyanyian Datuk Shiela Majid di Konsert Taeyang 2024 Tour In Kuala Lumpur.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram peminat pelantun lagu Eyes, Nose, Lips itu, Taeyang dilihat memilih untuk menyanyikan lagu Malaysia kegemarannya iaitu Antara Anyer dan Jakarta.

Nyanyian Taeyang disambut sorakan gemuruh peminat apabila dia turut menukar bait-bait lirik lagu tersebut iaitu daripada antara Anyer dan Jakarta kepada antara Seoul dan Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja dengan nyanyian bersahaja Taeyang di hadapan peminatnya yang membanjiri Axiata Arena.

“Oh my god! My fave song.

“Antara Seoul Dan Malaysiaaaaa!! Arghhh I’m screaminggggg.

“Ini classy..!!!!!!!

Wowwww!! Just wowww,” kata netizen

Pada masa sama, Shiela turut meninggalkan komen ringkas pada hantaran tersebut.

Awesome blossom! ??????,” komen ringkas Shiela Majid. ​ - Gempak





Advertisement

Must Watch Video