Penyanyi rap dan penulis lirik terkenal tanah air, Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak selamat mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya, Nurin Marini Ramlan pada Jumaat.
Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu Marini, Fatimah Ismail, menerusi akaun Instagram miliknya dengan tanda pagar #JoeNini.
“Hari ini merupakan hari bahagia anak perempuan saya Nini dan Joe Flizzow. Tahniah buat keduanya, semoga perkahwinan kalian direstui Allah dan kekal selamanya.
“Kepada Joe, selamat datang ke dalam keluarga kami. Sayang selamanya, Ibu,” tulis Fatimah menerusi muat naik gambar pasangan yang lengkap mengenakan persalinan berwarna putih dan sedang duduk di atas pelamin.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram adik kepada Marini, Didi Ramlan, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar majlis pernikahannya dengan kapsyen ‘COVID wedding vibes’.
Difahamkan, Joe memilih Marini yang juga seorang pelukis dan usahawan selepas beberapa tahun menyulam cinta dengan wanita berkenaan.
Terdahulu, Joe dan Marini mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lepas dan dijangka mendirikan rumahtangganya pada April tahun ini.
Namun, kedua pasangan itu terpaksa menundakan hasratnya ekoran penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Mac lalu.
Difahamkan, acara akad nikah itu cuma dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam mengadakan majlis perhimpunan.
Joe dan Marini selamat bergelar suami isteri sejurus selepas diakad nikahkan oleh Ustaz Mohd Borhanuddin Othman.
Kedua-dua mempelai juga bertukar hantaran termasuk sepasang cincin perkahwinan, sepersalinan pakaian tradisional, senaskah Al-Quran (yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong), sebentuk butang baju melayu antik emas warisan keluarga, sehelai kain sampin songket tenunan pereka terkenal berasal dari Terengganu, Wan Manang dan sepasang kasut Nike edisi terhad, Air-Force One Supreme.
Biarpun acara itu dilaksanakan dalam skala yang kecil, Joe bersyukur kerana ia berjalan lancar dalam suasana yang penuh bermakna.
“Syukur Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami.
“Saya juga tidak sabar untuk bertemu peminat saya sejurus pandemik ini selesai,” ujar Joe.
Afiq Ariffin
Fri Jun 26 2020
Difahamkan, Joe memilih Marini yang juga seorang pelukis professional dan usahawan selepas beberapa tahun menyulam cinta dengan wanita berkenaan. -Foto Instagram / @misdeeds_
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Janna Nick sah jadi isteri Dini Schatzmann dengan sekali lafaz
Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.
Akhiri zaman duda, Esma Daniel selamat bernikah
Pelakon drama siri Andai Itu Takdirnya iaitu Esma Daniel menamatkan zaman duda selepas selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nur Atira Mazlan di Kajang pada Sabtu.
Tak mahu tangguh, Badrul Muhayat bernikah di bulan Ramadan
Badrul Muhayat nekad bernikah dengan wanita pilihan hatinya Norhayati Zulkapli di bulan Ramadan selepas empat bulan mengenali hati budi masing-masing.
Kasih seorang ayah! Ramai sebak tengok ayah pengantin sanggup dukung anak redah banjir untuk bernikah
Seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja buat anak-anaknya.
"Kami akan bernikah dalam masa terdekat"- Aiman Tino
Kata Aiman buat masa ini tarikh pernikahan mereka belum ditetapkan lagi namun akan dipercepatkan selepas pasangan itu merisik pada Januari lalu.
"Doakanlah banyak-banyak" - Natasha Hudson selamat bernikah lagi
Natasha atau nama penuhnya Natasha Liana Hudson kelihatan bahagia sedondon mengenakan busana berwarna peach.
Remy Ishak, Ezza Yusof selamat diijabkabul
Pasangan berkenaan diijabkabulkan oleh abang Ezza, Rozman Yusof di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Digosip bernikah dengan Annuar Musa, ini penjelasan Nora
"Sangat tak masuk akal. Tolonglah jangan buat fitnah macam ini. Fikirkan hati orang lain juga." - Nora
Pasangan ada kebenaran awal dibenar nikah sepanjang PKP - JAIM
Pasangan yang mendapat kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dibenar bernikah sepanjang tempoh PKP.
Noryn, Rizal bersatu dalam suasana norma baharu
Majlis akad nikah dirancang kurang 24 jam dan hanya dihadiri 30 jemputan sahaja.