PENYANYI Lah Ahmad mengakui terkejut apabila penampilannya menerusi konsert Ruffedge baru-baru ini mendapat respons positif dalam kalangan peminat.
Menurut Lah, tiada apa yang terlintas di kotak fikiran melainkan peminat Ruffedge turut membesar dengan lagu-lagu yang pernah diterbitkan oleh kumpulannya, iaitu V.E.
“Alhamdulillah syukur. Tak sangka akan sampai macam tu.
“Muncul di fikiran waktu itu peminat Ruffedge juga membesar dengan lagu saya. Seumpama sebuah keluarga yang besar,” katanya kepada Gempak.
Menurut Lah, dia tidak menolak jika ada kolaborasi lain yang melibatkan dirinya dengan Ruffedge pada masa akan datang.
“Alhamdulillah saya dan Ruffedge baru sahaja lancarkan lagu judul Putus.
"Insya-Allah, ada lagi perancangan di masa hadapan memandangkan sambutan sangat positif bila bersama,” katanya.
Selepas kejayaan konsert bersama Ruffedge, Lah bakal muncul pula dengan sebuah drama bersiri berjudul One Million Dollar Voice.
Kongsi Lah, dia berharap agar watak Joe yang dijayakan dalam drama berkenaan dapat diterima masyarakat dan juga penonton.
“Semoga saya dapat memberi yang terbaik dan semoga usaha kita diterima masyarakat. Ada beberapa babak yang mencabar akal dan tindak laku tapi kita faham ia dilakukan sekdar untuk menjayakan watak Joe dalam kisah ceritanya.
“Ada cabaran yang dilalui ketika membawakan watak ini, namun saya anggap ia merupakan cabaran yang positif,” katanya yang turut menyifatkan One Million Dollar Voice sebagai sebuah drama yang unik dan berbeza dengan drama lain.
One Million Dollar Voice membariskan nama-nama hebat dan popular dunia hiburan Malaysia termasuk Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella serta nama-nama baharu seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol dan Layla Sania.
Drama yang diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden ini akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, pukul 10 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro. -Gempak
Gempak
Sun Aug 27 2023
Menurut Lah, dia tidak menolak jika ada kolaborasi lain yang melibatkan dirinya dengan Ruffedge pada masa akan datang. -Gempak
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
'Tak sangka sampai macam tu' - Lah Ahmad terkejut sambutan peminat pada konsert Ruffedge
Menurut Lah, dia tidak menolak jika ada kolaborasi lain yang melibatkan dirinya dengan Ruffedge pada masa akan datang.
Pengacara Fedtri Yahya kemalangan, kini dirawat di hospital
Berita itu dikongsikan isterinya Nurul Anati Ismail menerusi satu status yang dimuat naik menggunakan akaun Instagram rasmi suaminya.
Lah Ahmad jadi anggota baru kumpulan nasyid Raihan?
Lah juga bercerita dia bersama Raihan sering melakukan rakaman lagu di studio yang sama iaitu di Platinum Studios.
Syukur Allah izinkan ku bernafas... - Lah Ahmad
Bekas ahli kumpulan VE, Lah Ahmad ini juga menzahirkan kesyukuran atas nikmat dan kurniaan dari Yang Maha Esa.