Penceramah terkenal yang juga pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memuat naik status di laman Instagram mengenai pemergian cucunya, Muhammad Ahmad Aiman pagi Selasa.

Tulisnya dalam akaun Instagram, profmuhaya1:

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM.

“InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah,” katanya.

Katanya, mesin sokongan hayat cucunya itu dihentikan pukul 9 pagi selepas keluarga mereka telah berbuat sehabis usaha untuk menyelamatkan Muhammad Ahmad.

“Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk.

“Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui.

“Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga,” tuturnya dalam paltform media sosial itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan penyakit yang dihadapi cucunya itu.

Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk. Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga.

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhaya1) on