awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Institut Audit Oman mahu jalin kerjasama strategik dengan SPRM
DUNIA
Forum keagamaan IKIM perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
MALAYSIA
Kawalan sempadan: KDN pertimbang semua cadangan termasuk pembinaan tembok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ENTERTAINMENT

Taman Legoland pertama di Asia dibuka

Roshdi Lidun
Roshdi Lidun
22/10/2012
03:25 MYT
Taman Legoland pertama di Asia dibuka
Taman Legoland pertama di Asia yang terletak di tengah-tengah wilayah ekonomi Iskandar Malaysia dibuka kepada orang ramai 15 September lalu.
Pembukaan rasminya adalah pada 22 September
Taman tema antarabangsa pertama di Malaysia itu merentangi kawasan seluas 30.8 hektar dan direka khusus bagi keluarga dengan anak-anak yang berusia dua hingga 12 tahun dengan lebih 40 permainan interaktif, pertunjukan dan daya tarikan.
Pengarah urusan Taman Legoland bagi Merlin Entertainments, John Jakobsen berkata Legoland Malaysia benar-benar unik dan percaya taman tema itu, yang mudah dimasuki dari Johor, Singapura negara-negara lain di Asean, akan mencapai kejayaan besar.
"Merlin Entertainments menjadi hos kepada 46 juta pengunjung setiap tahun di 21 negara berbeza di seluruh dunia. Kami gembira dapat membawa pengalaman kami ke Malaysia dan berharap dapat mengembangkan Legoland Malaysia sebagai destinasi resort keluarga utama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Legoland Malaysia dimiliki oleh Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Iskandar Investment Bhd dan Merlin Entertainments Group, dan dikendalikan oleh Merlin Entertainments.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin berkata taman tema itu akan menjadi pemangkin bagi pembangunan seterusnya di Nusajaya, menyumbang kepada pembangunan perniagaan dan masyarakat sekitar.
"Kami percaya impak daripada Legoland Malaysia bukan hanya sekadar destinasi liburan semata-mata tetapi akan menjadi satu pencapaian yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia," katanya.
Legoland Malaysia akan menjadi resort daya tarikan keluarga terbesar di Asean dengan taman air dan hotel sedang dibina dan dijangka dibuka masing-masing pada 2013 dan 2014.
Topic Berkaitan
#iskandar
#Legoland
#Malaysia
#Taman Tema
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami