Filem Tanda Putera yang ditayangkan di pawagam seluruh negara dua hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 minggu lepas, tidak menghormati Tunku Abdul Rahman serta jasa Bapa Malaysia itu kepada negara.
Itu pendapat pengkritik filem Umapagan Ampikaipakan dan Johanan Sen semasa mengulas tentang filem itu dalam portal mereka umaandjoe.com.
Umapagan berpendapat bahawa filem itu adalah satu bentuk propaganda kerana ia terlalu mengangkat jasa Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail tetapi meminggirkan jasa Tunku.
"Filem ini membuat Tunku kelihatan kurang bijak dan tidak berani. Dua hari sebelum Hari Kemerdekaan adakah patut perjuangan Tunku direndah-rendahkan seperti ini? Saya rasa ini tidak munasabah.
"Ya, Tun Ismail dan Tun Razak adalah negarawan yang ulung tetapi semasa menceritakan tentang jasa-jasa mereka, jasa-jasa pemimpin yang lain tidak patut direndah-rendahkan. Kita tidak mengatakan Bill Clinton seorang presiden yang hebat tetapi JFK pula tidaklah sehebat mana,” kata Umapagan, yang membuat perbandingan dengan kedua-dua presiden Amerika Syarikat itu.
Tanda Putera digarap semasa hari-hari terakhir Tunku dan meneroka kebangkitan golongan muda dalam parti Umno di tengah-tengah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969.
Tanda Putera, yang diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba, telah diterbitkan dengan kos hampir RM5 juta, sebahagiannya dengan geran yang disediakan oleh FINAS dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).
Filem itu pada mulanya dijadualkan untuk ditayangkan pada September tahun lepas tetapi tayangannya ditangguhkan berikutan aduan ia mengandungi babak-babak rusuhan 13 Mei.
Shuhaimi, yang dikritik tentang ketepatan fakta sejarah filem itu, pada mulanya mempertahankannya tetapi kemudiannya mengakui bahawa Tanda Putera adalah tafsiran beliau sendiri terhadap peristiwa bersejarah itu.
Beliau juga telah berkali-kali menjelaskan bahawa Tanda Putera adalah cerita tentang persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail.
Antara mereka yang mempersoalkan ketepatan fakta sejarah filem itu adalah Johanan.
"Filem ini mempersendakan kita dan sejarah kerana sekiranya filem ini dibenarkan untuk menginterpretasikan sejarah mengikut cara dia sendiri (Shuhaimi) tanpa ada pihak yang mempersoalkannya, kita jelas tidak tahu tentang sejarah dan warisan kita sendiri.
"Ketika semangat patriotisme berada pada tahap yang sangat rendah, dia (Shuhaimi) telah mengintepretasikan filem itu dengan satu cara yang tidak boleh dimaafkan," katanya lagi.
Walaupun kedua-duanya mereka bersetuju bahawa diskusi tentang Tanda Putera adalah sangat perlu, mereka tidak mempunyai pandangan yang sama tentang cara ianya dilakukan. Ini termasuk samada orang ramai akan percaya tentang sejarah 13 Mei itu seperti yang cuba diinteprestasikan filem itu.
"Masih terdapat sebahagian besar masyarakat yang akan percaya filem ini adalah fakta," kata Johanan sebelum Umapagan pantas menjawab: "Maka itu, debat tentangnya bermula di sini.”
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka mengkritik filem itu dari segi karya seni termasuk aspek-aspek teknikalnya.
Umapagan berkata skrip filem itu ditulis dengan sangat teruk dan filem itu disunting dengan begitu buruk sehingga ia kelihatan seperti telah disunting oleh seorang budak berumur lima tahun.
Johanan turut bersetuju malah berpendapat filem itu seolah-olah disunting oleh seorang yang masih mentah atau ‘setahun jagung’.
"Separuh pertama filem ini kelihatan seperti satu dokumentari dari saluran History Channel yang tidak dihabiskan dan ia juga tidak mengandungi suara latar atau apa-apa wawancara dengan sejarahwan. Filem itu tampak seperti satu lakonan semula yang disusun tanpa aspek penceritaan yang betul, "kata Johanan.
Umapagan pula lebih tegas. Pada pendapatnya filem ini langsung tiada penceritaan.
"Jarang saya menonton sebuah filem tanpa ada apa-apa kualiti lain yang mampu menebus kekurangannya, filem ini adalah salah satu daripadanya. Penceritaannya adalah sangat teruk. Hampir tiada apa-apa dialog. Filem ini ditulis dengan begitu teruk sehingga ia hanya mengandungi kata-kata ringkas seperti 'Oh, Cina potong', 'Oh Melayu mengamuk'," katanya.
Laman UmaandJoe.com mengendalikan sesi ulasan filem Tanda Putera melalui kaedah podcast. Kedua-dua mereka memulakan diskusi filem menerusi program ‘What The Flick’ di radio BFM sebelum membuat ulasan di portal mereka sendiri.
T K Letchumy Tamboo
Tue Sep 03 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Shuhaimi Baba mungkin heret individu fitnah Tanda Putera ke mahkamah
Shuhaimi Baba mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab yang telah mencuri gambar dari Facebook Tanda Putera.
Tanda soal Tanda Putera
Editor meja hiburan, Syazwan Zakariah mengulas filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Tanda Putera tidak hormat Tunku, kata Uma dan Joe
Filem Tanda Putera dikatakan tidak menghormati Tunku Abdul Rahman serta jasa Bapa Malaysia itu kepada negara.
Tanda Putera: Antara filem sejarah dan realiti sejarah
Apakah kita boleh belajar sejarah daripada fiksyen? Apakah boleh kita menerima sebuah filem sejarah sebagai realiti sejarah?
Anwar tidak setuju penayangan Tanda Putera disekat
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau tidak bersetuju jika penayangan filem Tanda Putera disekat.
DAP hipokrit konon perjuang kebebasan media dan kebebasan bersuara -- Hishammuddin
Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghalang tayangan filem 'Tanda Putera' di pawagam di negeri itu membuktikan sikap hipokrit parti itu, kata Hishammuddin Hussein.
Filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan 29 Ogos
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kelulusan tayangan sudah dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).