awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tarik mama abah masuk syurga nanti ye sayang' - Abby Abadi

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2019
00:08 MYT
'Tarik mama abah masuk syurga nanti ye sayang' - Abby Abadi
Muhammad Danial Firman menghembuskan nafas terakhir malam tadi dan berita duka itu dimaklumkan sendiri Abby menerusi akaun instagramnya sekitar jam 2 pagi.
ANAK penyanyi dan pelakon Abby Abadi meninggal dunia malam tadi selepas 70 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh.
Muhammad Danial Firman menghembuskan nafas terakhir malam tadi dan berita duka itu dimaklumkan sendiri Abby menerusi akaun Instagramnya sekitar jam 2 pagi tadi.
Abby, 42, dan suami Muhammad Faizal Zakaria, 45, bagaimanapun tiada di sisi anaknya kerana berada di Mekah menunaikan umrah bersama keluarga sejak dua hari hari lalu.
Dalam perkongsiannya, Abby memaklumkan bahawa jenazah anaknya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat dengan bantuan saudaranya.
View this post on Instagram
Baby D ❤️ Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang
Muhammad Danial Firman dilahirkan pada 27 September lalu dengan berat 535 gram.
Allahyarham dilahirkan secara pembedahan ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.
Abby dan Faizal yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, turut mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia yang berusia setahun lebih.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dianugerahkan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
View this post on Instagram
AL Fatihah...Baby D Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhammad Faizal . Hari Ke 2 Abah & Mama di Mekah, Baby D pergi meninggalkan kami . Allah pinjamkan Baby D sekejap je...Abah & Mana redha setiap apa yang telah Allah tentukan . Sedih sgt2 sbb abah x dapat jumpa Baby D untuk kali terakhir, Abah tak dapat nk uruskan Baby D . Maafkan Abah sayang sebab tak dapat uruskan Baby untuk kali terakhir . Ya Allah Kau yang lebih mengetahui dari segala2nya, segala perancangan Mu adalah yang terbaik. . Abah doakan Moga Allah temukan kita di Syurga nanti . Abah sayang Baby D dunia akhirat.
A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on
Dec 7, 2019 at 9:25am PST
Topic Berkaitan
#Abby Abadi
#anak
#Danial Firman
#jenazah
#Muhammad Faizal Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan