awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taylor Swift dedahkan bagaimana 'punggungnya diraba' penyampai radio

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
11/08/2017
04:10 MYT
Taylor Swift dedahkan bagaimana 'punggungnya diraba' penyampai radio
Penyanyi dan penulis lagu, Taylor Swift memberi keterangan pada Khamis bagaimana dia alami gangguan seksual daripada DJ radio, David Mueller di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat. - Foto EPA/FACUNDO ARRIZABALAGA
Penyanyi dan penulis lagu, Taylor Swift memberi keterangan pada Khamis bagaimana dia berhadapan gangguan seksual daripada DJ radio, David Mueller di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat.
Swift yang memberi keterangan di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat berkata Mueller yang dipercayai ‘mabuk’ ketika itu meraba punggungnya ketika melawat belakang pentas di Pepsi Centre, Denver pada Jun 2013 sebelum konsert berlangsung.
Swift kemudian mengadu kepada radio stesen tempatan, KYGO dan Mueller dipecat dua hari selepas dakwaan.
“Ia adalah satu perbuatan yang dilakukan secara sengaja. Ia sangat menjijikkan" kata penyanyi berusia 27 tahun itu kepada mahkamah di Denver, Colorado.
Menyerahkan beberapa keping foto sebagai bukti, Swift berkata, Mueller dan teman wanitanya pada ketika itu duduk bersama sambil minum beberapa gelas 'alkohol'.
Gambar yang berulang kali dipaparkan di mahkamah itu menunjukkan bintang pop tersebut diapit oleh Mueller dan teman wanitanya.
Mueller dilihat meletakkan tangan kanannya di belakang penyanyi itu dan Swift dilihat cuba beralih daripada tempat itu.
Mueller, 55, bagaimanapun menafikan menyentuh Swift secara tidak wajar di Mahkamah semalam.
Apabila ditanya sama ada dia melakukan perkara itu, DJ radio untuk stesen radio Denver KYGO-FM berkata, "tidak, saya tidak berbuat demikian."
Pada tahun 2015, DJ radio turut menyaman penyanyi tinggi lampai itu - atas dakwaan dia kehilangan kerjanya kerana dituduh secara sengaja.
Penyanyi lagu popular 'Shake It off' dan 'Bad Blood' itu mengatakan bahawa keputusan yang berpihak kepadanya akan menjadi contoh bagi wanita lain yang mungkin takut tampil ke hadapan untuk berdepan situasi yang sama.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#gangguan seksual
#saman
#Taylor Swift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan