SUDAH lama rasanya tidak mendengar berita tentang kumpulan yang popular pada era 90-an, Teacher’s Pet.
Mungkin ada dalam kalangan peminat merasakan bahawa kumpulan tersebut barangkali sudah tidak aktif atau telah berpecah.
Namun, vokalisnya, Maman memberitahu, kumpulan yang popular dengan Warisan Wanita Terakhir masih lagi utuh sehingga ke hari ini.
Ujarnya, sungguh pun sudah agak lama tidak bergerak sebagai sebuah kumpulan, namun kesemua anggota masih lagi aktif dalam bidang masing-masing.
“Alhamdulillah, sehingga sekarang Teacher’s Pet tak pernah berpecah atau bergaduh. Kami semua masih lagi terbabit dengan dunia muzik.
“Misalnya, Addy (gitaris) masih lagi main untuk Ramli Sarip, Jaybon (basis) pula banyak bertindak sebagai penerbit lagu dan Salleh (dram) pula aktif di Singapura,” jelasnya.
Maman berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran album terbaharu Maman yang berlangsung di sebuah hotel baru-baru ini.
Sekitar tahun 90-an, Maman yang juga selaku vokalis kumpulan Teacher’s Pet popular dengan lagu-lagu seperti Warisan Wanita Terakhir dan Seringkali.
Menurut penyanyi kelahiran Singapura itu lagi, dia juga merancang untuk mengadakan sebuah showcase istimewa pada tahun ini.
“Saya rancang untuk adakan showcase sahaja terlebih dahulu kerana konsert agak berat, mungkin akan berlangsung pada bulan Ogos ini.
“Buat masa ini kami perlu cari lokasi yang bersesuaian untuk showcase ini. Lagipun pemilihan tempat amat penting dan paling utama ia sebagai hiburan istimewa untuk peminat,” ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut tentang album Aku, Maman menjelaskan ia adalah buah tangan terbaharunya selepas menyepi daripada dunia nyanyian selama 20 tahun.
“Tentu ramai yang tanya kenapa saya menyepikan diri dalam tempoh lama, apapun salah satu jawapannya ada dalam lagu-lagu yang terkandung di dalam album Aku.
Album Aku memuatkan tujuh lagu antaranya Lafazkan, Rahsia, Kejauhan, Warisan Wanita Terakhir, Ibu, Anak dan Belaian Rindu. -Gempak
Gempak
Sun Jun 25 2023
Maman memberitahu, kumpulan yang popular dengan Warisan Wanita Terakhir masih lagi utuh sehingga ke hari ini. -Gempak
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Teacher's Pet tak pernah berpecah, bergaduh - Maman
Sungguh pun sudah agak lama tidak bergerak sebagai sebuah kumpulan, namun kesemua anggota masih lagi aktif dalam bidang masing-masing.